Awan nano dipilih 30 orang juri sebagai lagu terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke 26, yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil semalam. Saya setuju, dan suka lagu ini. Lirik yang penuh makna. Lagu ini untuk mama dan papa saya, merekalah awan nano saya~
AWAN NANO
Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lagu: M.Nasir
Lirik: Budi Hikayat
Penyanyi:Hafiz.
"Rabbighfirli Warhamni Wa li Walidaiya Warhamhuma Kama Rabbayani Soghiro"
Wahai Tuhanku ampuni aku, dan kasihi daku serta kedua ibu bapaku, sebagaimana mereka menjagaku dari kecil~
Diet Terapeutik Untuk Hati...
Saya bukan blogger yang hebat pun.. tapi kadang-kadang saya ada cerita nak kongsi.. Nama saya Siti, dan ini cerita saya...
Monday, January 30, 2012
Saturday, January 21, 2012
Erm....
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah diberi kekuatan mencoret blog kali ni. Dah banyak kali nak blogging, tp tak jadi. Habit sy before blogging, saya akan baca blog orang lain dulu.. Ada masa blog orang lain bagi semangat utk saya menulis, tapi lately bila baca blog orang lain, saya selalu rasa down.. rasa inferior menilaikan betapa jauhnya tahap pemikirang orang lain berbanding tulisan saya.
Sahabat-sahabat seperjuangan saya dahulu.. dah jauh ke hadapan, membina karier, melayari bahtera ilmu.. dah banyak sem utk Master Degree, even ada yang dah nak grad pun.. Saya bertambah inferior, berasa diri tak ke mana.
Sudah banyak kali saya cuba tulis basic proposal utk master study, tapi ntah mana silapnya, masih ada halangan. Kalau jumpa dgn kawan2 yg dah stabil kerja/buat master, sy malu sbenarnya. X tahu mana nak sorok muka.. Tak tahu la ape yg lecturer sy akan kate fikir kalau diorang tahun sy still kije RA. Tekanan dari family pun menambah lg paku buah keras yg kadang2 buat sy mengesat air mata. Di saat orang lain beristikharah utk memilih bakal pasangan hidup, saya beristikharah utk memilih topic research saya. Mama mula menyatakan kerisauan pada saya, dikata pada saya supaya tahun depan perlu dipancang orang.. Diam juga balasan saya. Saya rasa saya belum kuat utk hadap soal itu.
Ada beberapa musibah berlaku dalam tempoh sebulan dua yg lepas. Tak ramai yang tahu, tapi bagi yg bertanya khabar, sy sgt menghargainya. Penghujung tahun 2011, saya rasa graf hidup saya, at the bottom level, lowest point ever.. Ada seorang dua yg sempat saya berkongsi sebahagian duka, terima kasih krn ada utk saya. Namun Allah jugalah tempat saya mengadu segala. Sehingga suatu hari terasa benar-benar berbicara denganNya, lewat suatu pagi saya sedang sibuk dengan kerja, saya terdengar seseorang memetik Kalimah dari Kalam Mulia, "sekiranya Engkau bersyukur, Kami tambahkan (nikmat) bagimu.."
Kalau saya kata saya takkan mengeluh lagi selepas ini, bermakna saya menipu. Sbb Allah ciptakan manusia itu lemah dan selalu berkeluh kesah. Tapi saya akan kata, saya mungkin akan mengeluh lagi, tp saya akan istighfar dan menata bias-bias syukur kerana sbg Muslim, Allah ada utk saya. Ujian itu tarbiyah dr Allah. Itu yang mereka pesan sejak dulu lagi, saya yang lupa..
* * * * * * * *
Ahli Chipsmore dalam Satu Perjalanan Usrah..
"Kalau suatu hari nanti sahabat2 & kakak senior yg kamu sanjung dah tak ada bersama kamu lagi.. mcm mana kamu akan terus istiqamah dgn usrah ni?".. suatu soalan yg menampar dr seorang sahabat dalam satu program beberapa tahun dahulu.. Apakah sy akan jadi ahli chipsmore, sekejap ada sekejap takde?? Sy lupa apa yg saya jawab, tp sy tak pernah lupa soalan itu.. Dan harus saya berterima kasih kpd beliau, kerana soalan itu membuatkan saya mahu berada di jalan ini atas dasar aku hamba Allah yg lemah, tp aku masih ada tanggungjawab utk ummah ini. Sy nak gi usrah lagi, kakak Naqibah tlg panggil saya lagi. Tuan exco, sy akan sambung kerja saya yg terhenti..
* * * * * * * * * *
"Kesakitan itu hanya ada dalam kepala!"kata satu scrip filem Hollywood. Bnyak skru dalam kepala saya yg perlu diketatkan semula. Dan ada skru yg terlalu ketat, perlu dilonggarkan sedikit supaya bahagian itu x mudah rosak. Sbb Allah akan bagi mengikut sangkaan hamba-hambanya. Kalau kita berbaik sangka pada Allah, maka baiklah natijah utk kita.
* * *
Di hujung entry yg tak berapa bernilai ini, saya dengan tak malu meminta-minta doa sahabat pembaca semua (walaupun sy tahu xde la sgt orang nak baca), doakan saya bangun balik. Utk sahabat shbt yg dah bermandi ilmu dgn postgrad study masing2.. sy mohon doa kalian, sy dgn rendah diri mohon doa kalian.
Quote for Diet Terapeutik utk hati kali ini: Smiling is The best Nutrition for Heart. (^^>).

Monday, December 12, 2011
COMPLETE atau FINISH?
Prof tau tak Angry Bird tu apa? soal Fiona menduga majikan saya yang lebih separuh abad.
"Burung Marah" Suara Prof Wan bergema di tangga. Saya tersenyum sinis, mungkin Prof tak pernah main gane Angry Bird, tapi bukan dia tak tahu icon game telefon pintar, tab segala, zaman sekarang ni dah jadi "trend" ramai tak mengira usia.
"Burung Marah" kataku mengulang "direct translation" bos saya ni..
x x x
Dinner hari ini kami berempat. Dila adik saya mula bercuti setelah menghabiskan setahun praktikal di Hospital Melaka. Rumah pasti akan mula bising. Ada la orang yang nak berperang lepas ni.. Yeah!!
Sedang saya menghabiskan basuhan pinggan mangkuk makan malam kami, Dila tiba-tiba menyoal.. "kak su, ada staf kat hospital, dia suruh teka apa beza "complete" dan "finish". Tak ubah gaya Prof yang menterjemah secara terus Angry Bird kepada Burung Marah, tanpa menjawab secara teknikal seperti yang seharusnya, saya menjawab "complete tu lengkap" dan "finish tu siap"..
"Bukan itu..." kata Dila. Aku tau, kalau dah soalan teka-teki tu, bukan semudah itu jawapannya. Kadang2 ada yang loya buruk je.. Tapi teka-teki kali ini terkesan betul pada saya."Bezanya ejaan la.." kata saya melawak. Dila terus menggeleng..
x x x
Cerita A:
Siti Payung anak sulung Pak Kadok dan Mak Temah. Rajin orangnya. Tapi Siti Payung tak sekolah tinggi, sampai tingkatan 3 je. Dia terpaksa akur yang dia bukanlah seorang yg boleh survive dr segi akademik. Kawan-kawannya semua dah ke Universiti. Sehingga umur Siti 18 tahun, ayahnya meninggal dunia dan ibu pula jatuh sakit. Dia perlu bekerja utk menampung persekolahan dua lagi adik-adiknya. Dalam masa yg sama dia perlu jaga ibunya yg sakit. Suatu hari Haji Toyib, imam di kampung Siti Payung telah memperkenalkan anak sepupu kepada adik ipar jirannya utk dijodohkan dengan Siti Payung. Namanya Atan Hitam. Seperti namanya, atan berkulit gelap,rupa paras tak seberapa. Tapi masjid menjadi tempat kesukaannya. Dia suka berniaga dan juga seorang yg jujur dan amanah. Siti Payung menerima cadangan Haji Toyib dgn hati yg terbuka dan redha. Cukuplah kesolehan lelaki itu menjadi sandaran. Selainnya diserahkan istikharah kepada Allah yg Maha Mengetahui. Setelah berkahwin, hidup Siti dan Atan bahagia. Siti dan Atan berniaga menjual nasi lemak dan kuih-kuih pagi. Siti akan masak di rumah, sambil tu boleh jaga Mak Temah,manakala Atan menjualnya di luar. Dari meja tepi jalan kepada Motor menjaja dan akhirnya mampu memiliki warung sendiri. Siti tak berkelulusan tinggi, tapi dengan basic skill memasak dan ada suami yg rajin usaha.. mereka melengkapi antara satu sama lain utk membina hidup yg baik..
CERITA 2:
Wajah jelita Intan Senandung menjadi pujaan ramai pemuda kampong. Basir Dolah anak Orang Kaya Jali, Wan Alang Setia dan Daud Komeng Siaga antara pemuda yg betul2 compete nak pikat Intan Senandung.(pandai pulak aku reka nama-nama ni). Dek kerana ramai yg mahunkannya, Intan S merasakan dia ada banyak calon utk dipilih sebagai suami. Basir Dolah anak orang kaya, tapi tak la handsome sangat. Daud Komeng, samseng kampung, "tak mau la aku.. Komeng tu jahat macam Komeng dalam cerita P.Ramli" katanya. Ah, Wan Alang Setia tu baik, rajin, tapi rajin Wan Alang ni tak pernah-pernah kaya pun..
Akhirnya Basir Dolah yg kaya tu menjadi pilihan. Hidupnya sangat mewah, bermandi intan berlian. Gaya hidup Intan S pun dah berubah. Butik-butik mewah, makan di hotel-hotel dan restoran berbintang blink blink.. Melancong sana sini. Namun semua itu tak lama. Intan S dikejutkan dengan berita penahanan suaminya atas dakwaan rasuah. Habis hartanya disita dan dibeku. Intan S hilang arah tujuan. Makin tragik lagi tiba-tiba ada perempuan datang mengaku dia isteri kedua Basir Dolah, dan menuntut sebahagian harta dolah kerana dia sedang sarat mengandung anak pertama mereka..
YA Allah, jauhilah kami dari cerita rekaan aku ni..
x x x
Pinggan mangkuk sudah hampir semua saya basuh, tapi sampai sudah saya tak dapat jawab teka-teki adik saya.. Akhirnya saya mengalah dan menuntut jawapan..
Staf tu cakap.. Kalau nak tahu beza complete dan fining tu macam ni.. Kalau awak kahwin dengan lelaki yang betul, hidup awak "complete", tapi kalau awak kawin dengan orang yang salah, hidup awak.. "finish"..
Siti Payung dan Intan Senandung.. ada di mana-mana sahaja. Mungkin kita tak tahu apa yg bakal kita lalui kelak, tapi sekiranya kita ikut garis panduan Islam dalam memilih pasangan hidup, namun dikemudian hari kita diuji juga, sekurang-kurangnya kita tahu itu bukan kifarah dosa, tapi ujian utk meningkatkan iman.. Pilihan dalam tangan kita...
p/s:Cerita angry bird di atas tak ada kaitan dengan mesej entry kali ini..Hu~

Subscribe to:
Posts (Atom)