Friday, June 9, 2017

Skrin Laptop Rosak? Mana nak baiki?

Sebagai pelajar IPT, memang tak dapat tidak perlu ada laptop. Bila pergi kedai komputer/pc fair.. terus cari yg jual laptop student package sbb itu yg paling jimat tak kisah la brand apa. Kita yang dari background family dengan ekonomi sederhana ni tak yah cakap la nak pakai Apple.

Masa sambung study Master, sy beli AspireV5. Masa tu ada student rebate so total harga rm1300.  Tak ada la nak pakai ganas2 pun. Just utk urusan study je (facebooking pun termasuk urusan study ye.. 😆😆😆). Lepas hampir 4 tahun, laptop elok takde masalah apa-apa.. sehinggalah suatu hari, accident happened.

Di saat2 bertungkus lumus nk siapkan draft tesis master.. tinggal beberapa hari nak submit pada penyelia.. ditakdirkan sy tersepak meja laptop sy (meja tu kecik je mcm meja jepun kanak2).
GEDEGANG!!!!!. Laptopku dah rebah menghempas lantai... dipendekkan cerita.. tengoklah kesannya dalam gambar di bawah.

Warranty dgn Acer dh habis. Kalau baiki dengan Acer service, insyaAllah quality takyah risau.. tapi harga ganti skrin LED mau makan rm500 lebih juga. Ambil masa biasa tak kurang 3 hari. Sy perlu laptop ni cepat.

Teringat la penyelia study sy ni pernah cakap, nak baiki laptop dengan cepat, pergi Plaza Low Yat, KL. Cari kedai org2 pakistan, boleh siap terus. Sy ajak abang Lan temankan. Gi tingkat 2, bahagian belakang tu banyak buat service repair. Kedai org pakistan banyak juga.. so masuk satu2 tanya yg boleh baiki skrin LeD dengan harga  murah.

Hasil pencarian, ada satu kedai offer skrin LED baru, kedai pertama bagi rm260 siap 30min. Kedai last rm210 siap dalam masa 40 minit.. Biasiswa kan dah habis.. takleh fikir utk spend banyak pada laptop. So deal ng kedai last.. tup tup tak sampai 20 minit dah siap. So, Alhamdulillah setel. Jom bekerja!

No comments:

Post a Comment