Turning point


Hampir tiba...
Sejak berpisah dengan Ramadhan yang lalu, aku mula menghitung waktu untuk bertemu dengannya kembali.. Aku terlalu merindui Ramadhan yang telah dijanjikan segala keberkatan sepanjang tahun..

11.52 pagi.. ruang tamu rumah makcik, Taman Selamat, Kuantan.

Dalam usaha mencari kembali mood untuk study, macam2 dh buat.. tapi x banyak mendatangkan hasil. Kejap lagi la study.. Notes Dr. Nik Mazlan yang bapak tebal tu memang menakutkan, tapi tak mampu jugak nak mendorog aku utk menatapnya, walaupun exam kurang seminggu dari sekarang.

Sementara masih ada masa sbm berlepas ke KL ptg ni, su spend masa melukis... (hobi lama) check email dulu, and baca blog orang. Baru je lepas baca bolg kak ac tadi..

Lepas baca blog k.ac, baru la rasa nak mula blogging balik. Sbm ni su blogging dalam friendster je, tp sekarang aku dah tak de hati nak masuk friendster lagi. Rasanya dah lebih sebulan regist ngan blogger ni.. tp tak ter"blogging" jugak. So hari ni, and sempena menyambut kedatangan Ramadhan Karim, ku jadikan ianya sebagai turning point untuk memulakan apa yang dah lama kutinggalkan..

Teringat ape yang baca kat blog k.ac.. Ramadhan ni memang banyak orang jadikannya turning point utk berubah dan banyakkan amal. Aku pun nak ambil peluang ni untuk muhasabah diri dan merenung kembali pada bekalan2 yang belum tentu cukup utk bawa ke akhirat. Teringat kembali pada Ramadhan yg lalu, Allah sahaja yg tahu betapa kesalnya aku setelah mensia-sia kan Ramadhan yg lepas.. Tuhannku, Aku bertaubat padaMu, dan berilah aku peluang utk menyucikan hati dan mengabdikan diri padaMu di Ramadhan kali ini.

Alhamdulillah, inilah hikmah Ramadhan yang ramai org tak sedar.. Belum masuk bulan Ramadhan lagi, kita mula memasang niat utk lebih memperbaiki amalan kita dan mendekatkan diri kpd Allah. Harap2nya, janganlah ada dikalangan kita yang berkata "Bila bulan puasa, barulah nak solat, barulah nak baca Quran, barulah nak itu, nak ini". Fitrah manusia dijadikan sentiasa lalai dan lupa, tapi peluang taubat dn memperbaiki amalan sesekali Allah tak pernah tutup sehinggalah nafas kita di tiba di "jeti"nya..

InsyaAllah Ramadhan ni su start guna nombor hp yng baru: Sape2 yang su tak sempat msg no baru su, mtk tlg email kat su ye.: sitisuhaili_usl@yahoo.com

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KAREEM.. Sucikan hati sebelum terlewat...

Comments

Popular Posts