Tanyalah Ustaz...


17 Mei 2009..
Hujung minggu di Kelana Jaya.

Sudah lama aku tidak merasa tenang seperti hari ini. Setelah kakakku berlepas pulang ke rumah mertua di Muar, aku pula berlepas ke Kelana Jaya. Setibanya di rumah mcikku, che Nah mengajakku ke Masjid yg letakknya beberapa langkah dr rumah. Alhamdulillah, kali ini aku dapat berjemaah Maghrib,Isya' dan Subuh di Masjid Nurul Yakin.

Tenang..

Aku teringat mesej mama semalam, mengingatkan aku agar menonton rancangan Tanyalah Ustaz, setiap Jumaat-Ahad, 7-8pagi di TV9. Minggu ni tajuknya Musibah.



Satu demi satu soalan diajukan secara live, dan ustaz Zahazan menjawabnya dengan penuh hikmah. Ada satu soalan berkisar seorang wanita yg hidup bergelumang dosa pada zaman mudanya, kemudian bertaubat di hari tuanya.. Ustaz Zahazan menjawab soalan tersebut dari satu sudut lain..

Jelas Ustaz, Rasulullah tidak suka ummatnya bercerita tentang dosa-dosa lama kita. Tambah2 lagi kalau seseorang itu bakal mendirikan rumahtangga, tidak boleh kita cerita dosa2 kepada bakal suami/isteri tersebut.

Dikisahkan pada zaman Rasulullah, ada seorang sahabat solat bersama Baginda Rasul. Selesai solat, sahabat itu berkata, "Ya Rasulullah, aku hampir melakukan zina." Namun Rasulullah berpaling ke arah lain. Lelaki itu mengulang perkara yg sama, dan setiap kali itu juga Rasulullah berpaling ke arah lain. Akhirnya Rasulullah berkata.. "Bukankah kamu telah bersolat tadi?"

"Benar Ya Rasulullah"
"Dan kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan.."

Pesan Ust.Zahazan, andai kita melakukan dosa, jangan diceritakan pada org, segara bertaubat, dan perbaiki diri. Dekatkan diri dengan majlis2 ilmu agar org2 alim dapat bagi percikkan supplement hati pada kita...

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum ustaz...

    Saya punya masalah yang sangat besar yang mengganggu kehidupan saya. Akhir tahun lepas saya berjumpa kembali dengan kekasih lama saya. Kami samasama telah mempunyai pasangan masing2. walaupun 23 tahun telah berlalu, perasaan saya pada dia tak pernah hilang. apatah lagi apabila kami berjumpa kembali. Rupa2nya dia juga seperti saya, tak pernah melupakan saya. jadi kami berhubung kembali dan pernah 2 kali bertemu. Tak lama selepas itu, isterinya mendapat tahu tentang perhubungan kami melalui bil-bil telefon yang ada di rumah mereka. Saya cuba untuk membela teman lelaki saya itu dengan alasan kami cuma kawan. sudah pasti isterinya tidak percaya dengan nombor telefon saya tercatat di bil telefon tersebut. Oleh kerana sayangkan anak2nya yang akan menduduki peperiksaan, kami tidak lagi berhubung. Saya redha dan sanggup berkorban demi dia dan demi kerana agama. Tetepi apa yang menjadi masalah saya sekarang ialah, saya, sehingga saat in tidak dapat melupakan dia. Saya makin mendekatkan diri saya pada Allah, sembahyang tahajud, berzikir, membaca Al-Quran tiap-tiap hari dan tidak putus berdoa agar Allah memberi kekuatan pada saya dan memohon agar Allah menghapuskan ingatan saya pada dia. Kerana saya tetap teringatkan dia dalam sembahyang saya.

    Tolonglah saya ustaz. Saya ingin sekali hidup dengan tenang dan agar solat saya dapat dilakukan dgn kusyuk.

    Untuk pengetahuan ustaz, dia banyak mengajar saya tentang agama, menghantar dan mengajar doa2kepada melalui email.

    ReplyDelete
  3. Asalammualaikum ustaz....

    Saya ingin bertanya pada ustaz,jika kita bernazar contoh nazar kita adalah berpuasa selama 3hari,dlm melaksanakan puasa tadi,tiba-tiba uzur datang pada hari ke 3 iaitu hari terakhir,baki 1 hari tadi adakah digantikan setelah uzur habis atau apakah hukumnya,berdosakah kalau kita tidak menunaikan??

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Saya telah dengan tidak sengaja menghadiri suatu majlis yang dinamakan 'Prosperity Ceremony' yang pada mulanya dikatakan akan diadakan secara secara menyembah patung dan secara Islam bagi yang Muslim. Tujuan majlis tersebut adalah untuk mendapatkan kelancaran untuk membuka bangunan baru.

    Tetapi setelah menghadirkan diri, saya mendapati ceremony tersebut hanya berkisar tentang menyembah 'penunggu' tempat tersebut dan tiada pula secara Islam yakni membaca doa, tahlil dan sebagainya.

    Saya hanya melihat dan berbual-bual dengan kawan saya yang beragama Kristian yang juga ter-datang ke majlis tersebut. Saya tidak membuat semua perkara yang saya tahu ianya khurafat (seperti membakar kertas, membakar colok dan sebagainya) semasa majlis tersebut walaupun diajak untuk melakukan sedemikian.

    Terlintas dihati saya untuk beredar tetapi saya rasakan seperti tidak beradap pula. Bahkan, majlis itu di ketuai oleh seorang yang berpengaruh di dalam syarikat saya. Namun begitu, saya telah berazam untuk tidak akan datang lagi ke majlis-majlis seperti ini lagi.

    Apakah hukumnnya disisi agama? Adakah saya telah melakukan sesuatu yang berdosa besar? Saya berasa tidak sedap hati sepanjang majlis itu berlangsung sehingga persoalan ini ditanyakan. Apakah yang perlu saya lakukan?

    Wassalam.

    ReplyDelete
  5. salam,ustaz...saya de beberapa kemusykilan berkaitan hukum..apakah hukum perkara-perkara berikut berserta dalil istinbatnya samada dari quran,sunnah,ijma',qiyas atau lain-lain....1)bunuh anak cacat yang xde harapan sembuh 2)bunuh diri kerana kesempitan hidup 3)istri bunuh suami dayus/suami bunuh istri nusyuz

    ReplyDelete
  6. salam. saya rasa ada yg tersalah faham ni.
    1st: saya bukan ustaz.
    2nd: Sy student, perempuan.

    Tapi, since ada yg bertanya, saya cuba bagi pandangan dgn ilmu yg sgt lah cetek.

    AINARIZAN:
    Pada pendapat saya, anda ,masih diganggu dengan PERASAAN sendiri. Solat yg khusyu' seharusnya menanam rasa cinta hanya pada Allah, dan menyebabkan kita redha dgan apa yg Allah beri pada kita dan tidak sedih dengan apa yg Allah tarik dari diri kita. Saya cadangkan saudari baca terjemahan surah al-hadid seluruhnya:

    NO_NINIEY:
    Kalau nazar 3 hari je, lepas habis'keuzuran' tu bole tunaikan lagi 1 hari baki puasa. Tapi kalau naar puasa 3 hari berturut2, kene ulang balik puasa biae jadi 3 hari turut2. Dosa kalau x tunaikan nazar ni.

    W4H3D:
    bahaya betul majlis tu kan. Ape pun semua dh berlalu. Banyakkan beristighfar & betaubat. Dan bersangka baikklah dgn Allah bahawa Allah mengampunkan dosa kita. Allah akan mengampunkan dosa yg tidak kita sengaja. Nasihat saya jika berlaku lg spt ini, jangan teragak2 utk keluar. Keluarlah dgn cara yg baik, jgn marah dan sebagainya. Jika sempat, bagi penjelasan. Mereka perlu menghormati agama kita sebagaimana kita menghormati mereka. InsyaAllah, jika mereka tu org2 besar & educated, mereka patut faham. Bela agama itu sangat penting.

    FARAH SAKURA:
    Dalil saya x ingat, tp memang ada la..

    Bunuh anak cacat: Kalau anak tu dh hidup, walau ape jua keadaan cacatnya, bunuh adalah haram. Dalilnya cari dlm quran tentang haramnya bunuh jiwa x berdosa.

    Bunuh diri kerana miskin: HARAM. saya tau dalilnya ada, tp x ingat mana nak refer.

    Bunuh suami/isteri nusyuz:
    Tengok kes. Yg pastinya haram suami/isteri bunuh sendiri. Kes perlu di lapor pada pihak berkuasa spt mahkamah syariah dan sebagainya.. contohnya suami/isteri berzina dgn org lain.. kalau ikut hukum hudud kene rejam sampai mati. Tapi perlaksanaan hukum ini bukan diamalkan di semua negara Islam, serahlah pada pihak berkuasa. Jangan pandai-pandai buat undang2 di tangan sendiri.

    ALLAHU A'LAM.

    ReplyDelete
  7. salam..
    saya ade masalah sikit..dulu saya ade seorg kakak angkat..mula2 perasaan saaynag kami hanyalah adik dan kakak..lama kelamman timbul perasaan sayana dan cinta antara kami..kami menjalinkan hubungan cinta itu walaupun kami tahu Allah melarang perbuatan hubungan sejenis..kami menyayangi antara 1 sama lain..tiba satu masa..kami menyesal..kami berjanji tidak akan melakukan perbuatan yang telah kami lakukan dulu..tp dalam hati kami masih mempunyai perasaan sayang dan cinta itu..saya tidak boleh hidup tanpa dia..dan dia juga sebaliknya..tetapi kami bukan lesbian..adakah menyimpan perasaan juga salah??saya amat menyayangi dia..-insan lemah-

    ReplyDelete
  8. Dear Maz.. Wa'alaikumussalam wbt.. Hmm, pasal masalah Maz ni, saya pun tak pasti sama ada saya org selayakknya utk dirujuk. Namun seperti pesan Nabi kita s.a.w, antara kewajiban seorang Muslim terhadap saudara muslimnya yg lain termasuklah memberi nasihat apabila diminta nasihat. Perasaan kasih sayang sesama insan tu normal lah, tak kira pada jantina yg sama atau berbeza. Setiap orang ada sebab utk rasa sayang pada orang lain. Mungkin sbb org tu baik ke,yg kita hormat ke, org tu memang keluarga kita ke... dan sebagainya. Peringkat umur Maz sekarang ni pun sbenarnya peringkat peralihan dari dunia kanak-kanak ke dunia dewasa. Tu lah dia dunia remaja.... NAk kan perhatian & kasih sayang tanpa disedari. Kalau zaman budak2 dulu, kita nakkan perhatian keluarga. Tapi bila dah remaja, kita mula rasa "indipendant" dan mula melihat dunia luar dari kepompong kita.. dan kita mula mahu "extended version" punye perhatian. Maksudnya kita harap ada orang selain dari keluarga kita juga 'care' dekat kita. Masa remaja ni jugaklah hati mudah berbunga-bunga bila ada org bagi perhatian pada kita, lebih2 lagi kalau berlainan jantina. Hormon remaja ni kan slalunya tak stabil sangat.. Kalau Maz rasa sayang pada "kakak" Maz tu, takpe. Tapi bila dah Maz sedar yg perasaan tu agak "berlebihan" dari yg sepatutnya, kene jaga2. Sbb remaja mudah sangat tertipu dengan perasaan sendiri. Tambah2 lagi bila Maz kata Maz rasa x bole hidup tanpa dia. Tu dah memang kene tipu dh tu, hehe. Sama ada Maz nak percaya ke tidak, Maz MEMANG BOLEH HIDUP TANPA DIA, dan DIA PUN SAMA. Saya rasa Maz kene banyak bercakap dengan diri sendiri bahawa Maz syg dia seperti seorang kakak betul. Maz mesti nak dia gembira, berjaya dlm hidup, dan sentiasa mendapat perlindungan Allah. Dalam ape jua keadaan, Allah yg jadi sandaran. Kalau nak dia dilindungi Allah, mesti la kita nak kene jaga suruhan dan larangan-Nya, betul tak? Perasaan sayang yang paling "tepat" ialah, kita sayang seseorang itu kerana Allah. Aish, panjang nak hurai tu. Tak tahu macam mana nak describe sayang kerana Allah ni cane. Sbb bila orang berkasih-sayang kerana Allah, berpisah pun dia takkan rasa gelisah ke, merana ke. Sbb kita tahu semua org akan meneruskan hidup masing2 utk melaksanakan tugas kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Saya bagi satu contoh. Saya pun sayang kawan-kawan saya. Dan memang saya ada kawan baik yang selalu jadi tempat berbicara. Bila dah habis belajar dan masing2 kerja, perasaan kasih tu tak pernah hilang. Saya pun selalu rindu kan kawan saya. Still contact, sampai pernah menangis dlm phone sbb rasa rindu dgn waktu yg pernah kami sama-sama lalui dulu. Tapi sekarang walaupun berjauhan, saya tetap percaya yg dia akan selalu bahagia dengan apa yg dia buat sekarang. Saya kerja dlm bidang penyelidikan kesihatan di KB dan dia bertugas di hospital di KL, berkhidmat pada orang sakit.. kami berpisah dan masing2 berkhidmat pada ummah. We're doing the best job that we are able to do pada bangsa kita walau di mana kita berada. Erm.. tak tahu la ape reaksi Maz baca nasihat saya ni. Stakat tu dulu kot.. nanti kan saya pot pet ntah ape2 sampai pagi esok pulak.. Maz kuatkan hati dan mula fikir utk jadi matang ye.. Take care.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts