Azam Sentiasa Diperbaharui

Malu sendiri bila baca post2 yang lepas, especially yang berunsur emosi tuh. Huhu.Ok, azam tahun baru, tak mahu emo2 lagi dah.. Saya boleh rasa marah atau sedih bila ada trigger, tapi biasanya cepat pula sejuknya.. Hm, yang penting marah tu wajib kena manage dengan baik. Sebagaimana pesan junjungan kita Rasulullah s.a.w, orang yang kuat itu ialah orang yang dapat mengawal marahnya..

Cerita suatu masa dulu..

"Saya takut nok tegur su dulu.. mace bekeng".. luah seorang kawan. Saya terdiam.
"Tak sangka sekarang bole jadi rapat dgn su, sbb dulu rasa cam su sombong sikit.." saya tersengih je bila seorang kawan baik cakap macam tu..
"Asal su ni kerek sangat ngan aku?" tu kawan kat matrik PJ dulu cakap
"Saya rasa inferior dgn su.." lagi la buat saya rasa guilty..


Ingin mengubah sikap dan perlukan teguran & sokongan.


Banyak lagi sebenarnya komen-komen yang masih saya ingat. Terima kasih kerana menegur saya. Darah "bekeng" yang mengalir dalam urat-urat saya perlu ditapis. dan teguran anda itu seumpama peluntur yang melunturkan warna "kegarangan & kesombongan" saya. Sekali lagi terima kasih. Akhlak yang baik, tutur kata yang menyenangkan, peribadi merendah diri dan prihatin pada orang lain, yang ditunjukkan oleh sekalian ramai sahabat-sahabat di sekeliling saya menjadi contoh teladan yang ingin saya pegang kemas-kemas. Terima kasih buat kesekian kalinya. Semoga Allah sahaja yg membalas jasa anda semua kerana sebarkan akhlak Islamiyyah yang selayaknya menjadi junjungan manusia sepanjang zaman.


Kali ini nak letak gambar bunga.



Mekar & harum, menyenangkan mata memandang & menyejukkan hati.
seharusnya begitulah diri kita. Hidup takkan lama. Sebelum hari utk kita layu tiba, jom serikan dunia ini dengan warna-warna & haruman yang menyenangkan. Kalau kita diuji, orang lain juga diuji. (Jangan perasan kita sorang je susah eh, orang lain ramai lagi susah). Yang penting jangan pula kita susahkan orang lain, walaupun
dengan wajah muram dan kata-kata yg memanaskan mahupun meruntun hati orang lain.


Semoga kita semua sentiasa bersyukur dengan nikmatnya di tahun baru ini. Maal Hijrah 1432 & Selamat tahun baru 2011.

Comments

Popular Posts