GAWANG & GOALIE..


Kemenangan Malaysia pada kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 antara penutup tirai tahun ini.. eh, tahun lepas. Stadium Bung Karno menjadi saksi kejayaan skuad Negara menjulang Piala Suzuki selepas menewaskan “pasukan final tegar” Indonesia secara agreget 4-2, lantas mencipta sejarah dalam dunia bola sepak Malaysia.

Lalu menjadi sebutanlah akan nama-nama harimau jagaan K.Rajagopal ini. Sudah pasti ramai di antara kita akan mengingati detik-detik perlawan yang menyumbang kepada kemenangan malam itu. Antara babak paling menjadi tumpuan ialah aksi rembatan gol dari penyerang Safee Sali, penjaring terbanyak kejohanan kali ini. Lebih menarik aksi mantap dan menstabilkan rembesan adrenalin apabila pintu gol Malaysia hampir dibolos skuad Garuda, penyelamat gawang si Khairul Fahmi Che Mat (KFCM).
Wah, terasa bagai pengulas sukan pulak saya..hu.





Apa pun, tahniah kepada skuad negara. Mungkin entry ini agak lewat dari yang sepatutnya, namun saya tidak mahu terlepas untuk merakamkan rasa bangga dengan skuad Harimau Malaya. Malah di Kelantan, (mengikut akhbar yang saya baca la..) kepulangan KFCM disambut begitu meriah. Mestilah, seluruh warga Klate tumpang bangga dengan anak negeri ini. Tok Guru pun sudah mengumumkan untuk menghadiahkan sebuah rumah kepada KF kerana mengharumkan nama negara. Nah! Semoga ini akan menjadi pembakar semangat bukan sahaja buat KF sendiri, tapi buat anak-anak muda yang lain supaya berusaha keras sehingga berjaya dalam bidang masing-masing.



GAWANG MALAYSIA DAH SELAMAT, GAWANG HATI KITA BAGAIMANA?

Saya cuma membuat analogi. Cuba bayangkan.. gol itu ibarat hati kita, pihak lawan ialah perembat maksiat dan dosa disekeliling kita dan bola itu buah dosa. Golie itu ibarat iman..
Pihak lawan (nafsu,syaitan & musuh-musuh Islam) pasti tidak henti-henti mengasak benteng pertahanan kita. Tanpa iman (penjaga gol) yang mantap, sudah pasti hati kita bolos, maka masukklah akan buah dosa (bola) disertai sorakan gegar padang daripada penyokong-penyokong lawan. Walaubagaimana susah sekalipun , latihan padu mesti berterusan supaya kita boleh memantapkan iman (goali) bagi menangkap mahupun menepis rembatan buah dosa bertubi-tubi ini.




SUKAN & NUTRISI

Sedikit panduan pemakanan bagi sesiapa yang aktif (dan ingin aktif) dalam sukan & perlawanan. Terlibat dalam sukan & perlawan semamangnya memerlukan tenaga dan stamina yang kuat. Sebab itu, setiap pemain perlu memasti pemakanan yang diambil bukan sahaja mencukupi, malah seimbang dari segi komposisi nutrientnya.



Beberapa fakta umum berkaitan pemakanan dan aktiviti fizikal

1. Sumber tenaga utama semasa latihan dan perlawanan ialah karbohidrat. Nasi, roti, kanji, pasta, ubi-ubi antara contoh makanan dalam kumpulan karbohidrat.
2. Pemain disarankan untuk mengambil:
600-700 kcal diet tiga hingga empat jam sebelum perlawan (Contohnya hidangan lengkap nasi penuh + lauk + sayur + buah)
300-400 kcal diet untuk dua hingga tiga jam sebelum perlawanan (contohnya sandwich + susu+ buah atau 1 mangkuk mee sup atau 2 "sports bar" )
100-300kcal diet untuk kurang sejam sebelum perlawanan. (contohnya 1 "sports bar", dan minuman elektrolit/sports drink.

(Bergantung kepada jenis pemainan/sukan, sukan yang lebih lasak memerlukan kalori lebih tinggi).

3. Minum 1-2 gelas air sebelum, semasa dan selepas latihan/perlawanan. Untuk latihan/ perlawanan yang melebihi 90 minit, disarankan untuk mengambil minuman tenaga/eletrolit.

4. Sentiasa mengambil makanan yang kaya dengan kalsium utk kekuatan tulang dan membantu pergerakan otot-otot serta mengelakkan kekejangan. Antara makanan yg kaya kalsium ialah susu dan produk tenusu seperti yogurt dan keju.

Nota: Panduan di atas adalah secara umum. Keperluan sebenar individual adalah berbeza-beza bergantung kepada umur, jantina, & BMI pemain serta jenis kegiatan fizikal yang disertai. Sila rujuk dietitian/pegawai pemakanan anda untuk cara diet yang lebih tepat.

Comments

Popular Posts