Hari ni written exam paling akhir setelah empat tahun berada di UIA Kuantan. AHD 4234 Professional Dietetic Practice: Special Unit.

Malam ini, selepas 2 minggu pulang dari Kota Raya KL, dan sebelum tu Sg Petani, aku berdiri di tepi tingkap.. seperti yang aku selalu buat dulu-dulu.

Langit gelap keunguan.. air mata sempat kuseka. Tertahan..

Terkenang dosa, terkenang rindu.. (macam lagu sape da?)

Aku masih berhutang report OPD dan logbook dgn Sr.F. Malu tapi tak mampu. Aku menghabiskan sekian banyak masa utk berfikir, mengelamun, dan tensi-tensi sendiri.

Lagu yg pernah ku dengar suatu ketika dahulu bermain-main di bibir.

Kau punya segalanya
Sedangkan aku insan hina
diriku penuh dengan kisah duka
Antara kita jurangnya berbeza

Biarlah, usahlah
bermain dengan api
Kelaknya terbakar sendiri
Biarkan tersimpan segala
perasaan
cerita, cintaku terhadapmu
Siapalah aku...


Biar apa jua maksudnya padaku, orang lain x perlu tahu..

Datang pula di kepalaku lagu seterusnya

"Bila waktu telah terhenti,
teman sejati hanyalah amal,
bila waktu telah terhenti,
teman sejati tinggallah sepi..

Hatiku runtun serta-merta. Tuhan, aku masih x cukup bekal, dan dosaku terlalu banyak.

Comments

Popular Posts