Sengih2 depan notebook

Malam Jumaat pertama Bulan Rejab 1431H.

(Entry kali ni tak banyak input sangat.. sape yg nak cepat boleh skip terus sampai perenggan bawah. Tak rugi pun kalau tak baca yg atas2.)


Saya ingat saya takkan menulis blog lagi...


Tapi akhirnya saya akur dengan rasa kerugian yang amat sangat dan rasa bersalah bertubi-tubi menerjah diri. Rugi kerana dalam suasana ramai org berlumba-lumba berkongsi cambahan idea dan pandangan, saya hanya diam. Bersalah kerana cuba meluputkan janji pada diri sendiri utk menulis berkongsi rasa dgn sekalian sahabat..

Saya berhenti kerana hanya sebab yg kecil...

"Ana ni, kalau blog yg style diari-diari ni ana tak baca, belek2 je" lebih kurang macam tu la kata2 seseorang yg sangat aku hormati membuatkan aku terkedu. Sudah lama berlalu, tapi sampai sekarang saya tak dapat lupa. Terasa sangat.. sbb dulu memang saya punya style blog ni adalah seperti diari.

Terkenang lagi kata2 meruntun jiwa seorang sahabat semasa saya menghadiri satu program kepimpinan (lebih kurang).."Nti (awak) ni dah buang masa org lain bercerita tentang cita2 nti..". Itulah kata2 yg dilemparkan setelah saya diminta memperkenalkan diri. Saya cuba maafkan, tp terluka.

Ini antara sebab-sebab kecil yang membuatkan saya berhenti menulis. Saya rasa rendah diri sbb "mereka" yg bagus memperlekehkan ape yg saya buat (padahal diorang x berniat begitu).. saya rasa malu dengan tulisan saya sendiri..

Selepas itu saya mula nak belajar tulis sesuatu yg lebih serius dan factual, tp lama-kelamaan saya bosan... Dan saya semakin tidak ada hati nak ber'blogging'.

TAPI still itu se=bb2 yg kecil...
Ah.. Yang sebenarnya.. SEBAB paling BESAR ialah.. sifat KASAL iaitu "tak rajin" atau bahasa yg saya cuba taknak sebut lagi "MAL_S".

Hari ini, walaupun sukar, saya gagahkan kembali usaha yg pernah mati dulu.. TERIMA KASIH ALLAH yg memberi petunjuk, terima kasih Ustaz Hasrizal yg menulis buku "Secangkir Teh Pengubat Letih", terima kasih Nawwarul Huda sahabatku yg bagi pinjam buku tu..



Bacalah buku ni. Mungkin anda tak faham kenapa buku ni membenihkan rasa utk menulis kembali dalam diri saya. Saya tak mungkin dapat jelaskan.. tapi bacalah buku ini.

Comments

  1. tulislah dan terus menulis. setiap orang punya cerita hidup tersendiri. hikmah itu dalam pelbagai bentuk dan rupa yang tidak disangka.

    Mungkin asbab satu dua ayat kita menjadi punca hidayah seorang hamba Allah. Disini kepentingan berterusan dan berjiwa besar walaupun tulisannya hanyalah kecil.

    Tulisan dari jiwa pasti jatuh ke jiwa walaupun sekadar 3 patah perkataan =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts