Sunday, November 21, 2010

Sukarnya Menjaga Hati..


"Sukarnya menjaga hati..." itu yang aku baca pada facebook status seorang sahabat.. Dalam hati, aku menyetujui kenyataannya.

Sepanjang petang mata menahan pancaran cahaya notebook mini, mata aku mula penat. Kuselak tirai tingkap sebelah meja kerjaku, suasana di luar pejabat lengang seperti biasa. Seperti biasa semua orang dalam bilik masing-masing.. Seperti biasa makcik-makcik cleaner dengan penyapu bisunya.. Seperti biasa hanya kadang-kadang kedengaran kedengaran pintu bilik lecuter atau pegawai sains di sini dibuka tutup..

Walaupun suasana di sini sunyi, tapi hati tak pernah bisu. Akal belum berhenti berfikir.. Tapi.. apa yang dirasa oleh hati, atau difikir oleh akal, bukan selalunya baik.

pagi ni kene tolong sorang student PhD foreingner...
"Ish dia tu, bukannya saya taknak tolong, tapi tak happy la buat kerja dengan dia. Dia tak faham culuture kita. Taknak dengar cakap advisor..." termengumpat.. mungkin saje dosa tercalit. Cepat2 istighfar..

Sesi petang.. Ada yg memulakan dialog sore, sembang2 bilamana bos tak ada di ofis...
"Saya tak larat dah nak tengok muka dia, dia cakap ikut sedap mulut je, tak fikir perasaan orang".

Dalam hati aku, owh.. rupanya ada orang lain juga rasa macam aku... tak suka pada si fulanah.

"A'ah, dulu dia pernah cakap saya ni bla, bla, bla..." saat itu saya keliru antara menyatakan kekesalan terhadap sikap seorang pegawai di sini atau saya sebenarnya sedang memakan daging saudara sendiri.. Astaghfirullah al-adzim. Padahal sudah berjanji utk tidak mengungkit perkara itu pada sesiapa pun, tp macam mana hari ni bole terlepas..


Aku hantar mesej pada seorang kawan, tapi dia tak reply. "Sombong!!" Aduh, su'u dzon lagi. Padahal dia tengah drive dalam satu perjalanan yg jauh..

Memang sangat sukar menjaga hati sendiri. Jaga hati orang boleh lagi berpura-pura, tapi hati sendiri.. Saban hari terpalit dosa. Bagaimanalah utk terus positif, husnu dzon pada orang, sabar dalam bersabar, memandang kritikan sbg satu cabaran utk improve..

Sukarnya menjaga hati..
Bila hati terjaga, lidah juga "malfunction" sama..
Bila hati terjaga, kerja yg kita suka pun dah jadi tak berapa suka
Niat asal mula dilupa, Mula la rasa malas.. Terhakislah ikhlas..
Bila tak ikhlas, pahala tak dapat, ilmu pengalaman jadi tak berkat,
yg rasa cuma penat..




Itu cuma sebahagian bahana hati yg tak dijaga..
Sbb tu tiap2 hari kene muhasabah diri, perbaharui dan perelokkan niat
Di sini iman mula mainkan peranan..
Tapi aplikasinya tak semudah menaip dalam blog...

Aduhai.. sukarnya nak jaga hati..

No comments:

Post a Comment