Nippon yang Terpaksa Akur..



11 Mac 2011..
Pesisir pantai Sendai yang terletak di utara negara matahari terbit Jepun mencatatkan sejarah gempa dan tsunami yang seharusnya mengingatkan kembali manusia akan suatu kuasa yang tidak mungkin terlawan oleh sesiapa. Secanggih mana pun teknologi yang tercipta hasil kebijaksanaan manusia, kita tidak mungkin ingkar untuk akur pada Zat yang menganugerahi kebijaksanaan itu.


Gegaran pada 8.9 skala Richter.. gempa bumi yang ke 5 terkuat pernah direkodkan sejak ketamadunan manusia mula dicatat, meranap banyak bangunan dan insititusi, meruntun banyak jiwa, bukan sahaja di Jepun, malah tempiasnya menebar ke segenap lorong-lorong kehidupan dunia.

Angka maut dicatatkan seramai 503 orang, 1400 cedera dan 700 lagi hilang. Sumber lain pula mengatakan lebih 1000 orang dikhuatiri maut. Terbaru, gegaran pada 6.6 skcala Richter dilaporkan mula dikesan di bahagian tengah Jepun. Rentetan itu,loji nuklear Fukushima diisytihat darurat

Sejauh mana angka-angka yang saya catatkan ini terkesan di hati kita semua? Saya tanya soalan itu pada diri sendiri. Perkara ini yang tidak berlaku ditempat kita.. Cuba tanya Astro, berapa tinggi rating penonton utk siaran Raja Lawak yang menggeletek jiwa orang muda terutamanya, untuk terus bergelak ketawa dengan lawak yang lebih banyak membunuh daripada membina minda. Sensitiviti ini belum dirasai oleh kita, lantas merasakan yang kita akan sentiasa selamat dari "kuasa alam".


“Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari perbuatan mereka, agar mereka kembali.” (QS. AR-Ruum [30]: 41)

Sudah bersihkah tangan orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga Islam, hidup dalam negara yang agama rasminya Islam, sehingga boleh rasa kemusnahan ini tidak akan berlaku di tanah air sendiri? Apakah yang dimaksudkan dengan "..agar mereka kembali" itu hanya ditujukan buat mereka yang teruji dengan bencana, sedang orang menonton berita di kaca TV berkata
" Kesiannya orang Jepun... Mujur aku lahir jadi rakyat negara M, kedudukan geografi, selamat je."
Lalu setelah habis berita pada jam 9, dia masih bermalas-malasan untuk solat Isya'. ditekan-tekan "remote TV" utk menonton rancangan realiti TV yg sudah lama jadi fenomena. Akhirnya berita "peringatan" tadi dilupakan.



Comments

Popular Posts