Ramadhan Itu Harapan

Hari ini, kerana Ramadhan saya menulis..

Berapa banyak entry yang "end-up" dalam Draft Box sejak kali terakhir saya post entry di blog ini. Sibuk, patah hati, mal*s (atau lebih baik ditulis sebagai kurang rajin), tiada idea, kecewa dgn penulisan sendiri, atau apa saja alasan yg saya berikan, natijahnya sama.. saya berhenti menulis.. seketika.. sehingga sekurang-kurangnya bertemu suatu perkara yg boleh memberi makna untuk diri sendiri.

Ramadhan ini memberi makna. Seribu satu makna. Lalu saya paksa diri menulis. Walau mungkin selepas ini saya akan post balik entry "I'm having a looooooooong break".

Kerana Ramadhan bagi saya adalah sebuah harapan. Tidak mahu terlupa ingin lontarkan terima kasih saya pada seorang sahabat, Khaulah Azwar, tuan empunya blog Leading The Change, yg kerana tulisannya, "Ramadhan's Hope", menyedarkan saya, adalah sangat benar, Ramadhan itu merupakan sebuah harapan.

Harapan yg selalu membuatkan ramai kita terus hidup walau berdepan apa jua kepayahan. Dengan harapan juga saya membalut hati yang patah beberapa kali. Dan Ramadhan kali ini terus memberi saya harapan..

Megharapkan kemapunan Tuhan yang Maha Pengampun, mengharap kasih sayang Yang Maha Pengasih, mengharapkan keberkatan hidup di dunia dan akhirat dari Yang Maha Mulia, mengharapkan dipermudahkan hisab di dunia selepas ini dari Yang Menguasai Hari Kebangkitan.

Dan Ramadhan ini adalah sebuah harapan kerana saya diperingatkan bahawa telah ditutup pintu-pintu neraka, dibuka pintu-pintu syurga, dan dibelenggu syaitan-syaitan durjana. Dengan ini lebih mudah memujuk hati untuk tingkatkan amal ibadah.

Ramadhan ini sebuah harapan kerana kita dijanjikan dengan pahala berganda-ganda, walau sekecil-kecil amal. Dengan ini kita berlumba-lumba membuat kebaikan dengan terus menerus menyeru diri dan orang lain, Fastabiqul Khairat! Fastabiqul Khairat!

Ramadhan ini juga sebuah harapan kerana diberitahu dengan keberkatan waktu sahur, dan betapa mustajab doa di waktu sahur.

Dari Anas r.a, Baginda s.a.w bersabda maksudnya; "Bersahurlah kamu, sesungguhnya dalam sahur itu ada berkat" (HR Bukhari dan Muslim)

Ramadhan, sebuah harapan, kerana diberitakan dengan dua kegembiraan, pertama kegembiraan ketika berbuka dan kedua, kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhan ar-Rahman.
dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, "Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), “Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kegembiraan yaitu kegembiraa ketika dia berbuka dan kegembiraan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.” (HR Muslim)

Ramdhan itu sebuah harapan kerana suatu khabar akan datangnya suatu malam penuh barokah. Lailatul Qadr yg menggandakan kebaikan lebih dari hayat yang mampu dikandung badan.
"Malam al-Qadr itu lebih baih dari seribu bulan" (al-Qard,97;3)

dan Ramadhan ini, bagiku sebuah harapan, apabila diperingatkan, dengan hadith nabi:

“Ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Dan kerana harapan-harapan ini dibawa bersama Ramadhan. Saya menulis dengan penuh harap. Saya menulis untuk terus berharap. Saya menulis untuk berkonsi harapan, dan saya menulis untuk memberi harapan.

Hari ini, kerana Ramadhan saya menulis, yang hakikatnya Ramadhan itu hadiah dari Allah, dan yg pada hakikatnya harapan itu saya sandarkan pada Allah..

Sahabatku.. fastabiqul khairat~

Comments

Popular Posts