Entry lepas Cuti Lama..

Ok, i know i have a mountain of work to be done.. but i cant help myself from blogging down my feeling now..

And the story went like this..

7 Oct 2011:
(tak jadi la tulis kot English.. tak cukup feel)
Kami berlepas ke KLIA.. yes KLIA bukan LCCT... kenapa?? Sebab Air Asia tak mesra disable person, tak mesra warga emas. Jadi MAS menjadi pilihan biarpun harganya sedikit mahal. Tak silap rasanya ada dah 3 kali berpengalaman susahnya nak dapatkan kerusi roda utk ayah saya tiap kali guna khidmat Air Asia. Website dia pun tak ada tempat utk buat aduan. Kalau nak call buat aduan pun kita yg kena bayar.. Urff... Ok, i dont want to talk more on Air Asia yg tak user-friendly tu.

Bertemu dengan kanak-kanak comel Si Kakak Aqilah and Adik Aqeel mengubat kerinduan kami. Anak-anak buah saya kini dah banyak mulut.. Kadang-kadang tak larat nak layan. Tapi melayan kanak-kanak innocent ni memang bahagia walaupun penat.. =). Seronok bila diorang "excited" dapat hadiah topi daripada Cik Su!

8 Oktober 2011
Hari yg ditunggu tiba juga. Tak sabar nak jejakkan kaki ke UIA Gombak. Entah apa yg istimewa kat sana saya pun tak pasti..tapi sejak pertama kali jejakkan kaki ke UIA Gombak beberapa tahun lalu, saya memang dah jatuh cinta dengan atmosferanya. Mungkin ia kesan tebaran sayap malaikat bagi taman-taman ilmu dan suasana biah yg menjadikan Islam itu junjungannya.

Namun yg terjadi hari tu tidaklah benar-benar seperti yg dirancang. Sudah 3 minggu saya batuk dan seminggu sejak last athma attack.. Saya belum baik sepenuhnya, namun demi semangat nak ke Majlis Konvokasyen IIUM ke 27, hujan renyai.. Batuk lelah pun saya redah.. Pagi tu sempat ke Klinik di Presinct 8 Putrajaya.. sebab ada luka bila saya batuk. Ada beberapa kali suddent chocking dahn chest thightness sejak malam sebelum tu. Tapi at least ada inhaler (teman baik sejak kecik) amat melegakan diri ini.

Rupa-rupanya saya dah terlambat utk hadiri Konvo sesi pagi.. di mana pagi tu Salwa sepupu saya convo. Pagi tu juga hampir semua course dari UIA kuantan.. AHS, Medic,Farmasi dan Nursing.. berapa ramai saya terlepas tuk bertemu..

Setibanya di stesen LRT Gombak, bertemu juga dgn Ukhti Hafizah.. terubat kerinduan setelah lama tak jumpa. Kami ambil teksi ke UIA, dan di sana Ukhti kHamisah dah lama menunggu walau pun beliau sibuk dengan assignment Master studynya.. Walaupun terlepas sesi pagi.. kami sempat bertemu beberapa sahabat lama.. Wani Abdullah ex-roomate di matric PJ bersama suaminya Qayyum. Nampak ramai jugak la budak2 medic, tp tak sempat tegur semuanya. Nak sebut sorang2 nama memang tak habis.. Ada juga sahabat yg satu bathc tp dia baru konvo sbb tahun lepas gi ambik course kt oversea.. Yg penting semua dah selesai pengajian. Dan tiba masa utk berjuang utk peringkat seterusnya.

Di masjid bertemu pula sahabat seperjuangan, Nadirah yg datang utk convo adiknya. Kemudian selepas solat kami gi makan, saya pekena roti arab di cafe uia, Yummi.. makan dengan Fizah dan Ham. Lepas makan kami singgah pula di Booth Dietetics.. mendengar farhanah berceloteh berkonsi pengalaman dgn adik2 diet..

Singgah pula di booth bunga2.. hati saya pun berbunga-bunga seperti mekarnya bunga-bunga yg dlm bouquet utk dihadiahkan pada para graduan. Bunga lili pilihan saya.. Tak tahu kenapa suka sangat dgn bunga lili.. maybe sbb dulu orang panggil saya Lily kot.. huhu. Paling suka lili warna putih tapi hari tu takde la pulak.

Sini ada sikit gambar kenang-kenangan..






Happy Graduation Day dear Friends.. semoga amanah yang kita pikul ini terjawab di hadapan Allah suatu hari nanti setelah kita manfaatkan ilmu pada jalan yg benar..

Hari itu pulang dengan suatu perasaan yg sangat kuat. Mungkin dapat semangat lepas tengok orang konvo..

Malam-malam selepas itu saya ambil masa lama utk lelap.. terfikir apa yg telah saya lakukan sejak saya grad.. Ada kawan yg cakap saya terpaksa letakkan hidup saya "on-hold" sebab tolak tawaran kerja semata-mata nak temankan mama dan papa.. Mula-mula saya rasa betul apa yg diorang cakap.. tapi bila fikir balik, mungkin kata-kata tu silap. Bergantung bagaimana orang yg mentafsir. Ye la.. orang pandang kerja RA ni kerja sementara before dapat kerja yg setaraf dengan ijazah.. tapi saya dah setahun jadi RA.. Makcik-makcik pun asyik tanya sampai bila nak jadi RA? Kawan-kawan pun dah tanya bila nak further Master?

Financial pun satu hal.. sejak Yuran USM naik mendadak lebih dua kali ganda.. semangat saya sedikit luntur. Nak minta parents tanggung.. aish, malu la. Baik diorang save utk saya dan adik kahwin ;P.. Sebelum ni dah sibuk buat proposal.. tapi nampaknya yg dirancang tidak menjadi.. Saya pun tak tahu mana silapnya. Mungkin saya tak betul2 fokus..

Hm... nampaknya entry kali ni akan jadi agak panjang sbb saya insist jugak nak luah banyak benda. Memang betul.. graf hidup lepas grad sangat menurun.. Banyak sebab la.. career yg tak menentu.. kesihatan, keluarga, self esteem yg rendah, kewangan peribadi.. pendek kata masa depan yg kabur. Hampir setiap hari cari dan terus mencari secebis kata-kata semangat utk bangunkan semula hati.. tapi makin lama.. saya dah tak mampu nak motivasikan diri sendiri. Ada masa terasa seperti nak jumpa kaunselor.. Macam zaman undergrad dulu, sempat beberapa kali jumpa kaunselor di UIA bila tertekan dan tak mampu berbicara dgn rakan sebaya.

Bila jadi macam tu.. kata-kata semangat dari kawan-kawan amatlah saya damba. walaupun sedikit, saya semat dalam hati. Mungkin Tuhan sudah lama bicara dengan saya.. tapi gelapnya hati ini utk mengerti pengajaranNya.

11 Oktober 2011
Masuk kembali ke ofis walaupun half day.. tak nak cuti lama-lama.. nanti pace jadi lagi slow. Tambah tolak, kali bahagi.. calculate sana sini.. panjang sungguh to do list yg belum selesai.. especailly kerja-kerja unit penerbitan PAPISMA. Otak saya betul-betul jam.. tapi bila teringan pesanan seorang sahabat supaya jangan berhenti menggalas amanat Ilahi.. saya paksa diri utk bangun kembali..

Sahabat2.. mohon tak jemu utk tegur dan nasihatkan saya...

Comments

Popular Posts