COMPLETE atau FINISH?

Prof tau tak Angry Bird tu apa? soal Fiona menduga majikan saya yang lebih separuh abad.

"Burung Marah" Suara Prof Wan bergema di tangga. Saya tersenyum sinis, mungkin Prof tak pernah main gane Angry Bird, tapi bukan dia tak tahu icon game telefon pintar, tab segala, zaman sekarang ni dah jadi "trend" ramai tak mengira usia.
"Burung Marah" kataku mengulang "direct translation" bos saya ni..

x x x

Dinner hari ini kami berempat. Dila adik saya mula bercuti setelah menghabiskan setahun praktikal di Hospital Melaka. Rumah pasti akan mula bising. Ada la orang yang nak berperang lepas ni.. Yeah!!

Sedang saya menghabiskan basuhan pinggan mangkuk makan malam kami, Dila tiba-tiba menyoal.. "kak su, ada staf kat hospital, dia suruh teka apa beza "complete" dan "finish". Tak ubah gaya Prof yang menterjemah secara terus Angry Bird kepada Burung Marah, tanpa menjawab secara teknikal seperti yang seharusnya, saya menjawab "complete tu lengkap" dan "finish tu siap"..

"Bukan itu..." kata Dila. Aku tau, kalau dah soalan teka-teki tu, bukan semudah itu jawapannya. Kadang2 ada yang loya buruk je.. Tapi teka-teki kali ini terkesan betul pada saya."Bezanya ejaan la.." kata saya melawak. Dila terus menggeleng..

x x x

Cerita A:
Siti Payung anak sulung Pak Kadok dan Mak Temah. Rajin orangnya. Tapi Siti Payung tak sekolah tinggi, sampai tingkatan 3 je. Dia terpaksa akur yang dia bukanlah seorang yg boleh survive dr segi akademik. Kawan-kawannya semua dah ke Universiti. Sehingga umur Siti 18 tahun, ayahnya meninggal dunia dan ibu pula jatuh sakit. Dia perlu bekerja utk menampung persekolahan dua lagi adik-adiknya. Dalam masa yg sama dia perlu jaga ibunya yg sakit. Suatu hari Haji Toyib, imam di kampung Siti Payung telah memperkenalkan anak sepupu kepada adik ipar jirannya utk dijodohkan dengan Siti Payung. Namanya Atan Hitam. Seperti namanya, atan berkulit gelap,rupa paras tak seberapa. Tapi masjid menjadi tempat kesukaannya. Dia suka berniaga dan juga seorang yg jujur dan amanah. Siti Payung menerima cadangan Haji Toyib dgn hati yg terbuka dan redha. Cukuplah kesolehan lelaki itu menjadi sandaran. Selainnya diserahkan istikharah kepada Allah yg Maha Mengetahui. Setelah berkahwin, hidup Siti dan Atan bahagia. Siti dan Atan berniaga menjual nasi lemak dan kuih-kuih pagi. Siti akan masak di rumah, sambil tu boleh jaga Mak Temah,manakala Atan menjualnya di luar. Dari meja tepi jalan kepada Motor menjaja dan akhirnya mampu memiliki warung sendiri. Siti tak berkelulusan tinggi, tapi dengan basic skill memasak dan ada suami yg rajin usaha.. mereka melengkapi antara satu sama lain utk membina hidup yg baik..

CERITA 2:
Wajah jelita Intan Senandung menjadi pujaan ramai pemuda kampong. Basir Dolah anak Orang Kaya Jali, Wan Alang Setia dan Daud Komeng Siaga antara pemuda yg betul2 compete nak pikat Intan Senandung.(pandai pulak aku reka nama-nama ni). Dek kerana ramai yg mahunkannya, Intan S merasakan dia ada banyak calon utk dipilih sebagai suami. Basir Dolah anak orang kaya, tapi tak la handsome sangat. Daud Komeng, samseng kampung, "tak mau la aku.. Komeng tu jahat macam Komeng dalam cerita P.Ramli" katanya. Ah, Wan Alang Setia tu baik, rajin, tapi rajin Wan Alang ni tak pernah-pernah kaya pun..

Akhirnya Basir Dolah yg kaya tu menjadi pilihan. Hidupnya sangat mewah, bermandi intan berlian. Gaya hidup Intan S pun dah berubah. Butik-butik mewah, makan di hotel-hotel dan restoran berbintang blink blink.. Melancong sana sini. Namun semua itu tak lama. Intan S dikejutkan dengan berita penahanan suaminya atas dakwaan rasuah. Habis hartanya disita dan dibeku. Intan S hilang arah tujuan. Makin tragik lagi tiba-tiba ada perempuan datang mengaku dia isteri kedua Basir Dolah, dan menuntut sebahagian harta dolah kerana dia sedang sarat mengandung anak pertama mereka..

YA Allah, jauhilah kami dari cerita rekaan aku ni..

x x x

Pinggan mangkuk sudah hampir semua saya basuh, tapi sampai sudah saya tak dapat jawab teka-teki adik saya.. Akhirnya saya mengalah dan menuntut jawapan..

Staf tu cakap.. Kalau nak tahu beza complete dan fining tu macam ni.. Kalau awak kahwin dengan lelaki yang betul, hidup awak "complete", tapi kalau awak kawin dengan orang yang salah, hidup awak.. "finish"..

Siti Payung dan Intan Senandung.. ada di mana-mana sahaja. Mungkin kita tak tahu apa yg bakal kita lalui kelak, tapi sekiranya kita ikut garis panduan Islam dalam memilih pasangan hidup, namun dikemudian hari kita diuji juga, sekurang-kurangnya kita tahu itu bukan kifarah dosa, tapi ujian utk meningkatkan iman.. Pilihan dalam tangan kita...

p/s:Cerita angry bird di atas tak ada kaitan dengan mesej entry kali ini..Hu~

Comments

  1. Suhaili!! saya suka jwapan teka teki tu!! lol =) It was well said~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts