Ikan Lampan dalam Perumpamaan Melayu.

Hari ini semasa di Pasar Pagi Wakaf Che Yeh, mama kata dia pening. Hanya sempat beli ikan kembung sekilo, mama "surrender".  Lalu dia keluar dari celah-celah hiruk pikuk pasar ikan, menuju ke bahagian ayam yang lebih ada banyak ruang untuk bernafas. Seperti biasa, Kak Som menyambut "regular customer" sejak bertahun-tahun lamanya ni dengan ceria.

Saya tak ikut ke tempat jual ayam, saya biarkan adik yang pergi ikut mama, sebaliknya saya singgah membeli ikan keli. Hari ini Kakak yag jual ikan keli tu, ada ikan baru, jenis lain pulak. Kelihatan di hadapannya seorang pelanggan sedang memilih-milih ikan yang rupanya separa tilapia tp bentuknya macam ikan patin, dan saiznya macam ikan bawal.

"Ike gapo ni kak?" saya bertanya sedikit "cover" malu. Kalau malu bertanya, sampai sudah saya tak tahu.
"Ike lape. Goreng sedap nih.." katanya.
"Ho, sedap tuh goreng. Buat gulai kuning sedap jugok" celah seorang makcik lain pula.

                                     ************************************
                                                    CERITA IKAN LAMPAN

Dalam kereta hari ini saya duduk di co-driver seat. Dila yang memandu. Saya suka. Sehingga hari ini masih mengharap supaya suatu hari nanti saya dikurnia "driver" saya sendiri. Walaupun sudah biasa memandu sendiri dari KB-Kuantan, Kuantan-Gombak, saya tak rasa terlalu bangga. Bahkan seat co-driver adalah sentiasa menjadi tempat duduk impian saya.. (Oho, cerita hampir memesong~)

Jalan di Kota Bharu biasanya lengang pada pagi Jumaat, melainkan di kawasan Kelab PAS tempat Tok Guru mengajar Kuliah Mingguan. Saya memecah sunyi dalam kereta apabila teringat ikan yang saya beli tadi.

"Mama, su beli ike keli, nge (dengan) ike lape tadi. Kito wat goreng sambal la"..
"Ike lape???!!!" mata mama membulat.
"Ho. Bakpo?? Kak tu kato goreng sedap nih" saya mengajuk gaya pelanggan tadi

Mama terdiam, sejenak kemudian di tertawa kecil.
"Ike lape bawoh jambe" hihih.
"Ha??????!" saya dan Dila tecengang.


                    *****************************************************

Disebabkan orang Kelantan hanya sebut "ike lape", in the first place saya tak dapat pastikan nama ikan dalam bahasa Melayu yang betul. "Lape" boleh jadi "Lapan" atau "Lapang" atau "Lampan" atau "Lampang".  Profesor Google la tempat rujukan.. Ini dia, "Ikan Lampan".

bukan gambar sendiri, ambil dari Prof Google.


Teringat cerita mama yang membuat kami geli perut. Cerita agak kurang bersih, tapi ada makna tersirat. Saya kena mohon maaf dulu kalau agak kurang manis bahasanya. Please don't bother.

"Ikan Lampan bawah jamban".. perumpamaan yang orang dulu-dulu bagi kepada orang yang suka "menjawab mulut" atau tak suka dengar cakap dan suka bertekak dengan orang tua. Apa yang orang kata, dia menjawab. Macam ikan lampan di sungai. Bila orang buang air besar, ikan lampan terus tangkap najis. Dulu-dulu kan orang buat tandas di tepi sungai. Jadi ikan lampan memang sangat cepat dan cekap menangkap "habuan''nya. Bila t**i jatuh je, NGAP dia sambar. Makanya dulu-dulu, bila orang-orang tua cakap apa-apa, terus anak-anaknya menjawab tak sopan, lalu terhasillah perumpamaan ini.
"Haish budak ni, macam lampan bawah jamban! ".


                                       ***************************

Ikan lampan yang saya goreng untuk makan malam, tak terjamah. Anda faham-faham sendiri sahajalah. Mama yang "fish lover" pun macam tak sanggup nak makan. Tapi untuk memujuk yang lain mama kata,
"Sekarang orang dah tak buat tandas di sungai. Tandas semua dah dalam rumah.."

Sedikit sebanyak saya lega. Sebab saya yang beli dan masak ikan tu, saya rasa lah jugak sedikit. Okey, rasa ada macam tilapia. Kalau makan dengan sambal lagi sedap. Tapi saya kira, inilah kali pertama dan kali terakhir saya beli ikan lampan.. (^^'-) huhu.

Comments

  1. LOL.
    kucing kat ghumoh ke banyok. buleh la kucing2 tu berpesta ike lape.

    ReplyDelete
  2. Don't worry, "driver" pasti akan menyusul tak lama lagi. Kan dah ramai bertanya, mesti masin mulut punya~~ hahahahahahaha!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts