Cemburu

Jemaah haji akan mula pulang. Maha Suci Allah membawa mereka yang terpilih menjadi tetamu rumah-Nya. Masih ramai lagi yang menunggu peluang menyempurnakan rukun Islam. Beruntung sungguh tetamu Allah, dari sejumlah 5-6 billion ummat Islam seluruh dunia, Allah ajak untuk mendekat.
Hikmah peristiwa haji, barangkali tidak mampu kita selam seluruhnya. Melihat dan berfikir kebesaran Allah sahaja sudah meruntun ego dan lalai hati, apalagi kalau kita mampu memahami makna dan hikmah di sebalik ibadah besar ini.

Hati ini sangat cemburu pada tetamu Allah.Sedang kita di tempat masing-masing terus berperang dengan diri sendiri mencari kesempurnaan baik dalam kerja-kerja pejabat, pelajaran, perihal kekeluargaan bahkan ada yang sibuk berperang mencari tempat dan nama dalam dunia politik, tapi mereka diizin tuhan untuk menginjak tanah yang pernah ditapak Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s dan menadah Langit yang pernah dijunjung Rasulullah s.a.w. Tawaf, solat, Merintih dan mengadu dihadapan Kaabah, menginsafi dosa-dosa yang saban hati mengeraskan hati.



Malulah wahai hati-hati yang mengaku Muslim, tapi niat untuk mengerjakan haji pun masih ditangguh-tangguh.

Ya Allah, izinkan kami juga menjadi tetamuMu.


Comments

Popular Posts