Entry Sempena Christmas 2012
Semalam sambutan Christmas untuk orang-orang Kristian. Semua orang tahu.. Tapi saya sangat takut pada perkara-perkara yang ramai lagi orang Islam tak tahu tentang Kristian, dan apa yang orang Kristian tidak tahu tentang Islam. Saban hari saya membaca tulisan-tulisan di forum, blog dan sebagainya, ramai yang berbincang tentang perbandingan agama, ramai yang memberi pandangan yang sangat ilmiah, tak kurang juga yang menghina dan merendah-rendahkan pegangan agama orang lain. Tapi yang paling ramai ialah orang yang buat dek, dan tak ambil peduli atas alasan menjaga sensitivity. Hanya segelintir segelintir yang berhempas pulas mencari segala nas dan dalil untuk berhujah membela anutannya.
Baik pendakwah Muslim atau Kristian, kedua-duanya berusaha sehabis daya untuk mengajak masyarakat ke arah agama masing-masing. Nama lagi pendakwah. Suatu hari saya terkedu membaca blog seorang pendakwah Muslim yang kerap membawa pelawat-pelawat ke tempat bersejarah dlm agama Samawi (Islam, Yahudi dan Kristian), termasuk di Jerusalam. Dia menulis tentang bagaimana dia terjumpa satu dokumen pengisytiharan sekumpulan penganut Kristian yang berikrar untuk menjadikan Malaysia sebagai (kalau boleh saya guna perkataan) proxy, atau platform Kristian menyebarluaskan Gospelnya. Sebagai Muslim, sudah semestinya saya tidak mahu perkara ini terjadi (na’uzubILLAHIminzaalik, kami berlindung dengan Allah dari hal ini).
Saya cuba sedaya mungkin untuk menjunjung agama Islam yang saya anuti ini dengan kefahaman, bukan mengikutinya atas dasar keturunan semata-mata. Apapun saya bersyukur kerana lahir sebagai Muslim. Setakat ini belum ada yang menggugat keyakinan saya pada Islam, insyaAllah, walau banyak persoalan masih bermain difikiran. Namun persoalan itu bukan soal akidah, kerana jelas Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah. Antara yang sering menerjah dalam kepala saya ialah bagaimana Islam itu terkait dengan Yahudi dan Christian. Bagi saya, ianya tidak semudah yang biasa dikata, Islam itu adalah agama terpelihara akan Kitabnya, setelah kitab-kitab lama diseleweng oleh Yahudi dan Nasrani (Christian). Saya yakin hal ini benar, tapi masih banyak kisah disebaliknya perlu dipelajari. Kalau soal ini tak penting, takkanlah agama Yahudi dan Kristian disebut banyak kali dalam Al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah s.a.w.
Buku ini saya beli pada awal tahun 2012.. tapi sehingga hari ini saya masih belum hadam sebab bahasa Inggerisnya tinggi, bukan tahap saya. Setakat yang saya faham, E. Fuller menulis tentang perkaitan ketiga-tiga agama dari sudut pandang yang berbeza daripada apa yang saya pernah baca sebelum ini. Ada beberapa point penting yang saya tangkap dari buku ini. Antaranya, bagi penulis, seorang professor sejarah, kehadiran Islam telah memberi satu impak yang besar pada landskap peradaban dunia baik dari segi agama, politik, budaya dan kepimpinan sesebuah negara.
Bahkan pada bab-bab terawal, penulis mencatat sejarah pertembungan Kristian Timur dan Kristian Barat (yang mengalami perbezaan pendapat dalam mentafsir Bible mereka), di mana satu pihak lebih rela kalah di tangan tentera Muslim daripada kalah di tangan "adik-beradik" sendiri, kerana mereka tahu, Islam, tidak seperti Kristian zaman itu, masih mengamalkan toleransi beragama, melidungi hak mereka untuk terus menganut Kristian selagi mana mereka setuju untuk membayar jizyah.
Penulis merujuk banyak sumber, hasil tulisan kedua-dua pihak yang pro and anti Islam. Tapi beliau mengakui, Islam yang sebenar bukan seperti yang mereka momok-momokkan sebagai pengganas. Keganasan itu terjadi atas sebab penindasan terutama dari Israel dan US sendiri. Saya tak berniat nak bercerita panjang tentang buku ini. Tapi sesiapa ada minat seperti saya, dapatkanlah buku ini. Baca dan kalau boleh share la dengan saya apa yang anda faham.
* * *
Bagi ramai kenalan saya yang beragama Kristian, saya minta maaf sekiranya tulisan ini mengganggu anda, dan saya juga minta maaf kerana tidak pernah dan tidak akan pernah ucap selamat hari Christmas kepada anda kerana saya sangat hormat pada agama saya. Saya Cuma harap kita takkan bersengketa di dunia ini dan kita semua akan ditunjukkan ke arah jalan kebenaran.

Comments
Post a Comment