Menjelang Pilihan Raya Umum Malaysia ke 13 (PRU 13) ! - Entry 1

Pengumuman yang dinanti : Menjelang Hari Pilihan Raya!




Geli hati saya apabila menerima link video di atas daripada seorang rakan. Tak ada la nak gelakkan Najib, tapi thumbs up pada orang yang "transform" lirik lagu ni.

Detik-detik menjelang pilihanraya umum sangat-sangat dinantikan. Setelah 5 tahun dahulu, di mana saya ingat mama dan papa bersengkang mata duk tunggu keputusan orang kira undi. Honestly sampai hari ni mama dan papa tak pernah cakap diorang pangkah sape.

He and his philosophy, she and her stigma. (Dia dengan falsafahnya, dia dengan stigmanya)

Saya dikelilingi oleh orang-orang dengan fikrah dan yang berbeza. Ada yang pure hijau dari dulu hingga kini, ada yang biru terang tak padam-padam semangatnya. Ada yang bolak-balik, sekejap mahu ke arah keagamaan, sekejap mahu pembangunan material, macam lalang ditiup angin..

Setiap orang layak untuk membuat keputusan, tidak ada siapa yang menyangkal. Tetapi, sebagai pengundi yang matang, sejauh mana kita semua berfikir atas dasar apa kita memangkah? Saya copy & paste satu tulisan kawan saya di Facebook. All was well said.

"Dalam beberapa tahun baru-baru ini barulah tok faham kenapa orang ramai marah dengan golongan pemerintah. Bukan sebab tak berterima kasih tapi sebab kita tak boleh bertoleransi dengan penipuan dan penyelewengan. Sebelum ni tok cuma baca paper dan tengok berita. Selepas kami cerita dan tunjuk video di internet, barulah perspektif tok jadi lebih luas. Masih ada takut tetapi lebih memahami kenapa jadi begitu dan begini.Bersyukur, balas budi, takut negara kucar-kacir, hidup kita dah banyak senang sekarang ni. Tema-tema yang digunakan untuk memastikan orang ramai rasa bersalah jika tidak mengekalkan tampuk pimpinan yang sekarang.

Kalau tok masih hidup dan baca paper serta tengok berita mesti dia susah hati. Beri ketaatan atas dasar ketakutan."

Kali ni saya nak quote beberapa perbualan di ambang PRU 13..

PRO BN conversations.

"Saya tak pernah pangkah PAS, saya undi BN. Kita patut undi BN, baru Kelantan ada pembangunan". - juruteknik

"Saya nak undi orang yang bagi saya duit je" -pegawai

"Jangan fikir pasal org BN ni jahat. Memang semua parti politik jahat. Tapi fikir apa yang BN boleh bantu utk masa depan kita" - suri rumah

"DAP nak minta bertanding di Kota Bharu, takutla.. nanti KB jadi macam Pulau Pinang"

"DAP belakang Anwar, nanti Malaysia jadi macam Singapore, nak azan pun tak boleh" - cikgu

"Jangan la nak buat kursus time2 mengundi ni.. saya sibuk nak gi berkempen" - tender kantin

"Kito nak keno masok teko2 ngundi ni! Payoh la nak gi kursus" - tender kantin lain pulak..


PRO PAKATAN Conversations

"Pembangunan apa yang BN nak bawa? Sekarang orang nak pembangunan insan, bukan material" - seorang bos.

"Ramai yang berlakon susah je tu, nak masuk TV. Yang kene interview tu bukan rakyat biasa, ketua wanita umno kawasan tu dah" - tukang masak

"DAP tak sejahat yang saya sangka. TV3 je putar belit. Dah TV diorang punya" - student

"Kalau ditakdirkan sejarah Malaysia berubah hala, saya nak jadi sebahgian daripada mereka yg memperjuangkannya, walau hanya sbg pejuang tanpa nama. -"orang baru bangun "tidur"

"Nak betulkan salah urus pentadbiran negara" -pejuang 

"Apa yang Tok-tok guru kita alami sekarang, adalah sebahagian sunnah perjuangan para Nabi. Rasulullah pun orang cerca, dihina, ini pula kita manusia biasa" - pelajar

Yang paling saya ingat, ada 2 org cikgu berdebat:

En. BN :"Takut jugak kalau pembangkang menang.. rusuhan nanti"..
Pn. PR :"Siapa nak merusuh?"
En. BN:"Er..." diam.
Cik Siti : senyum kambing.

Hehe. Banyak lagi rasanya nak taip.. Xpe la. nanti ada masa sambung lagi.





Comments

Popular Posts