Cabaran Pejuang Islam: Sejarah Sering Berulang. (PRU 13 Entry 2)

Semasa mengemas kotak-kotak buku di bilik, saya menjumpai gambar semasa mengikuti Seminar ESQ di Kuantan suatu ketika dahulu. Saya menghabiskan, seingat saya, lebih RM300 bagi mengikuti seminar tersebut. Sebagai seorang pelajar ketika iti, RM300 adalah seperti oksigen. Sesak bila membayar, Namun syukur, kesannya masih terasa sehingga hari ini.

Sejak itu saya mula yakin apa yang berlaku dalam kehidupan kita bukan kebetulan semata-mata. Bahkan saya yakin setiap yang terjadi itu sudah lama dalam pengetahuan dan kekuasaan Allah.Kita berada di mana kita berdiri hari ni adalah kerana kita ditakdirkan mengambil jalan hidup dan memegang peranan masing-masing di dunia ini. Kemudian Allah memberi kita akal fikiran untuk taat meneruskan tugasan kita dalam keadaan kita taat padaNya atau pun tidak.

Saya sering berfikir, bagaimana hidup saya kalau saya jadi orang lain? Bagaimana hidup saya kalau saya jadi orang kaya raya? Bagaimana kalau saya ini anak orang fakir miskin? Bagaimana hidup sebagai guru? Atau tentera? Atau petani? Atau celebriti? Atau menteri dan orang politik? Saya fikir punya fikir sampai akhirnya saya akur, apa yang saya lalui selama ini adalah yang  terbaik untuk saya, kerana saya rasa saya tidak mampu untuk menjadi orang lain. Dan perkara paling hebat kita boleh lakukan ialah menjadi diri sendiri!

Menjadi Diri Sendiri??

Sama sekali ia tidak bermaksud kita boleh lakukan apa sahaja yang kita suka hanya kerana kita rasa itu diri kita. Apa yang lebih tepat ialah, kita boleh lakukan apa sahaja yang kita mahu selagi ia tidak melawan hukum Allah dan tidak menimbulkan ketidakadilan pada makhluk lain.

                               Berhenti baca sampai di sini kalau anda malas nak layan isu politik. 
                                           (walaupun tulisannya seterusnya bukanlah politik sangat pun)
         ********************************************************************

Sejak sebulan dua ini saya sering terfikirkan kehidupan tuan guru-tuan guru dan orang-orang agama yang berpolitik. Barangkali disebabkan musim-musim PRU media banyak menonjolkan aktivis-aktivis politik tanah air. Suatu malam TV3 menyiarkan berita "so-called" kemelut politik Pakatan Rakyat. Biasanya saya sudah dapat mengagak contentnya, dan lali dengan berita-berita begini, namun saya rasa sangat terkilan dengan ulasan yang merendah-rendahkan orang agama. Sebagai anak Kelantan saya terguris bila mereka menghina Tuan Guru Nik Aziz (TGNA).

Saya bukan nak ulas pasal berita itu. Tapi nak bagi tahu, serentak dengan itu juga saya berfikir bagaimana rasanya berada di tempat Tok Guru? atau umumnya mana-mana orang agama yang terlibat dalam politik di Malaysia.

Dikecam, dihina, difitnah, dan tak kurang teruk disamakan dengan haiwan (semoga Allah sahaja membalasnya). Ada yang ditahan ISA, ada yang disabotaj harta bendanya. Yang mereka perjuangkan bukan harta untuk diri dan anak cucu, buka pangkat dan pujian. Bukan kuasa untuk mengambil kesempatan. Tapi apa yang mereka dapat??


KAITANNYA dengan apa yang saya pelajari semasa seminar ESQ dahulu....

Cabaran Pejuang Islam: Sejarah Sering Berulang.

Saban hari tertanya-tanya, bagaimana mereka ini boleh setabah itu? Akhirnya saya sedar satu perkara. Mengapa mereka harus menyerah kalah dengan dugaan dalam perjuangan mereka, sedangkan mereka sedang mengikuti jejak Rasulullah s.a.w dan para nabi. Memang itu sunnah orang yang berjuang dalam meletakkan agama Islam ditempat yang tinggi.

Para Nabi dan Rasul, terutamanya junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w bila berjuang bukan duduk senang lenang di rumah dan bagi arahan je. Mereka berjuang hatta dengan nyawa. Keringat bercampur darah menyiram tanah. Kerana mereka yakin dengan janji Allah yang akan membalasnya di akhirat sana. Itulah masa depan yang hakiki. Tiada janji yang lebih ditepati melainkan janji Allah. 


Semakin kuat dugaan, halangan dan tipu helah orang-orang yang menentangnya, semakin terasa hampir dengan Rasulullah, kerana melalui jalan dan liku-liku yang serupa. Itulah kekuatan mereka. Sekuat kekuatan jiwa tentera Islam Badar, sekental jiwa tentera Salahuddin al-Ayyubi.

Mata rantai penjuangan Islam takkan putus sehingga suatu hari yang telah ditentukan.. Marilah menjadi sebahagian mata rantai itu.

TIADA JANJI YANG LEBIH DITEPATI SELAIN JANJI ALLAH.




Comments

Popular Posts