Catatan Mei dan Jun 2013

WSaya duduk di sebelah awan. Gemuk-gemuk dan malas-malas kebanyakannya. Walau dirempuh sayap Malindo Air, tiada yang mahu mengelak.

"Aku ke Putrajaya lagi.." kataku pada awan, tapi tiada reaksi, selalu membisu memberi erti "non of our interest".
Saya selalu kagum bila melihat awan. Semasa kecil selalu saya dongak mencari-cari bentuk-bentuk awan yang macam-macam.. Kadang-kadang macam arnab, tikus, macam orang, macam pokok..
Dan bila Allah beri peluang saya duduk di sebelah awan, saya masih kagum.. walaupun awan tak pernah peduli pada saya. Dinding logam burung besi memisahkan. Begitulah awan.. sudah dekat, tapi tak tercapai. Walaupun saya tak mungkin dapat sentuh awan, melihatnya terapung tenang pasti menundukkan jiwa menghayati kebesaran Maha Pencipta.

          *                     *                            *                             *                       *                 *

Catatan Mei.

Cerita bulan Mei 2013 banyak berkisar Pilihan Raya Umum Malaysia (PRU-13). Tahun ini adalah kali pertama aku mengundi. Korang bila?

Ini utk catatan peribadi. 2013 mei.. aku ke putrajaya.. tumpang rumah kakak sbb naknattend majlis walimah K.Dila.. roomate di UIA dulu.. dan walima sahabat baik.. Nawwarul Huda. Barakallahulakum. Smg berkekalan.

Comments

Popular Posts