Berita Pagi Hari Nuzul Quran

Kerana 17 Ramadhan adalah hari yang selalu istimewa buat saya.. hari ini saya menulis.

Hari ini, sepertinya Allah bercerita kepada saya tentang kehidupan. Hari ini, seperti hari-hari lainnya, ada tercatat kisah suka-duka dalam hidup setiap orang.

Pagi ini saya mendapat berita demi berita. Selepas Subuh, saya mendapat mesei dari Whatsapp group sekolah menengah dulu. Adik kepada Nabilah Hanis seorang sahabat baik kami,  telah kembali ke rahmatuLLAH.. arwah terlibat dalam kemalangan jalan raya dalam perjalanan pulang dari Perlis ke Kelantan. Semoga Allah menempatkan rohnya bersama orang-orang beriman, dan semoga Allah memberi kesabaran yang baik buat buat keluarganya.

Saya maklumkan hal itu pada mama.. seperti yang diduga, cerita begini hanya mengingatkan luka lamanya. Mama mengingatkan saya untuk menziarahi pusara kedua abang saya yg telah lama berada di sisiNya.

Sekali lagi notification Whatsapp berbunyi-bunyi.. seorang demi seorang menyatakan kesyukuran atas kelahiran zuriat masing-masing.

Tak lama kemudian kotak WeChat pula kata Arissa dah nak jadi kakak. Kalau diizinkan Allah.. i'll be the "Ciksu of 4".. insyaAllah. Mama terseyum kembali.. Mengira-ngira cucunya.. Besar harapan di hati agar bertambah cucu.. (dan menantu juga hopefuly)


Seperti Sang Pencipta ingin mengingatkan aku.. Dialah Yang Menghidupkan, Dialah Yang Mematikan. Kita tidak akan kekal selamanya di dunia, walau sebanyak mana harta kita, sebesar mana keluarga kita, setinggi mana pangkat kita.. akhirnya jasad kita ke tanah jua. Kelahiran, disambut dengan kegembiraan dan kesyukuran, sampai masa, kita pergi.


Begitu coretan ringkas hari ini. Hari untuk menghayati kisah penurunan Al-Quran. Hari ni, mengikut kalendar Islam, saya berumur 28 tahun.. Namun, selama 28 tahun ini, saya.. masih tidak tahu, sejauh mana saya sudah mencintai dan mengamalkan mesej-mesej al-Quran. Dan saya juga tidak tahu, berapa lama masa yang saya ada untuk saya mengamalkan pesan-pesan Rabb dalam Kalamnya. Astaghfirullahal'azim.

Comments

Popular Posts