Wake me up when September ends..
"Masalah besar kita ialah, senang dan sihat-sihat mana pun kita di dunia, kita tetap akan mati, tapi.. sakit dan seseksa mana pun kita di akhirat.. kita tak akan mati."
MashaAllah, Astaghfirullah...
Saya sepertinya terlupa ada blog. Terbiar tak terupdate. Tapi, nampaknya trend blogging dah berkurang sekarang kan?. Tak macam dulu-dulu. Ramai je yang dalam list blog bacaan saya yang lagi lama tak update. Kenapa ye?? Penangan WhatsApp ke? Dan what on earth pulak WhatsApp nak "dibangaukan"?
Saya mulakan entry kali ini dengan memetik satu status di facebook feed saya. Betapa ada benarnya, berhari-hari ayat-ayat ini bermain-main dalam kepala saya.
Bukan senang tau nak jaga hati.. bahkan nak jaga amal ibadah pun ada masa tergelincir. Dunia oh dunia, makin lama makin banyak indahnya buat hati terpesona. Manusia semakin rakus harta, mahu hidup senang, sihat dan bahagia.. akhirnya tentang hidup akhirat, dia terlupa. Kumpul harta, pangkat, status dan segala kesenangan dunia, satu pun x ikut masuk liang lahad kecuali amal dan doa anak soleh. Dan kalau kita terseksa (nauzubiLLAH) sekeras mana pun.. kita dah tak akan mati lagi di dunia sana. Ingatlah wahai hati, Allah tak pernah lengah dgn perbuatan kita.. Ya Allah.. lindungilah diriku, ibubapa, keluarga, sahabat2, guru2 ku dan muslim sejagat dari kemurkaanMu.
Setakat itu dulu entry kali ni.. Ringkas je, buat ubat rindu nak blogging. Sekarang.. setelah 3 tahun saya hibernated... alhamduliLLAH sudah mendaftar utk master study di USM. Saya berterima kasih sangat2 kpd keluarga, officemates dan kawan2 rapat yg sentiasa ada untuk saya, yang tak pernah jugdemental dan buruk sangka, dan banyak membantu saya dan keluarga selama ni. DIA sahaja yg layak membalas kebaikan kalian.
Dah jadi student nak kene rajin study la pulak kan.. hu. =). Tapi dah banyak kali saya susah sangat nak fokus study..
Jika ada sahabat-sahabat yg baca entry saya ni, kalu boleh saya nak mohon doa semua, doakan saya boleh survive dgn baik sepanjang tempoh research saya dalam masa yg sama berkomitmen dengan parents yg uzur. Doakan Allah terus beri kekuatan dan kesabaran pada saya dan keluarga menelan ape jua ujian lepas ni. Semoga kebaikan akan kembali bagi mereka yg berdoa.
(nota kaki: Asyik duk terbayang nak letak icon macam2 spt dlm WhatsApp tu jek.. hu (^^,').
Gambar kali ni.. kenangan makan2 di Restoran Wau sempena farewell Dayah Nazri yg dapat kerja kt UnisZA as clinical instructor, dan (consider) farewell zaman bujang utk Fakhru (in fact dah jadi pengantin pun!), juga makan2 all the best buat Hazirah yg nak hantar thesis dah..serta best wishes buat Hakim dan Aminah yg bakal jadi parents! Tak lupa juga utk diri sendiri yg minggu tu baru je enroll MSc Geriatric Nutrition! Allahuakbar! Rabbana Yassir wala Tu'assir, Rabbana Tammim bil Khair.. =)
Saya ada dlm gambar.. nun jauh dibelakang sana, dalam cermin. |
MasyaAllah, tabarakillah... All the best, su for future understanding. Semoga dipermudahkan segala urusan. Memang tak dinafikan, penangan facebook dan whatsapp sangat kuat buat masa sekarang. semua benda update kat situ. btw, menulis kat blog salah satu terapi untuk release tension, kan! ;)
ReplyDelete