Jogjakarta's 1st Timer. Beli novel Indonesia...
Paling tidak, inilah yang amat kusuka, hasil belanja di Gramedia, Jogjakarta. Novel best seller seluruh Indonesia, dan kedua-duanya telah difilemkan. Buat masa sekarang saya masih menghabiskan baki-baki chapter terakhir 99 Cahaya di Langit Eropah, karya bersama suami isteri Hanum Salsabiela Rais dan Rangga Almahendra. Dari segi penulisan, olahan ceritanya masih perlu banyak diperbaiki, sebab kurang "bunga-bunga" ayat. Walaubagaimana pun, contentnya terbaik. Setakat chapter yang saya baca, 99 Cahaya di Langit Eropah adalah nukilan Hanum dan Rangga yang menyemai cinta terhadap agama Islam semasa berkelana di Eropah. Paling menarik, diceritakan bagaimana kesan peradaban Islam semasa zaman kegemilangan Khilafah Islamiyyah dahulu rupa-rupanya sangat meluas, sehinggakan banyak khazanah tinggalan dunia barat sebenarnya mempunyai ciri-ciri dunia Islam. Bahkan satu monumen binaan Napoleon Bonaparte (seorang Penakluk Eropah dan komander perang zaman Renaisence) yang dipanggil binaan "menuju jalan kemenangan", adalah dibina menghadap ke arah Kaabah di Mekah! Ya, kiblat orang Islam!. Kenapa?? Persoalan itu diutarakan Hanum.
Ayuh berkelana!
Comments
Post a Comment