Langkah awal untuk kembali menulis

Assalamualaikum.

Saya tak blogging sudah setahun lebih. Tapi dalam setahun tu.. tak pernah hilang idea dalam kepala saya untuk tulis blog. Tinggal lagi sindrom malas dan tiada konsistensi.

Kemudian hari ni baru rasa rugi teramat.. walaupun blog kita tak ada pembaca.. tapi sekurang-kurangnya kita akan kembangkan kemampuan dan kemahiran kita.

Jadi.. langkah pertama untuk blogging balik yang cuba saya buat ialah...


INSAF!!!!

Ha, insaf. Jangan malas lagi sebab rugi!.

Tapi dalam masa yang sama perlu realistik. Sebab masa amat limited.

OK. Setakat ini dulu.

Ingat ye.

STEP Pertama.. INSAF.

STEP Kedua----> Fikir step selepas insaf

STEP KEtiga-----> Laksanakan step selepas insaf.

Hehe. OK Sorry. Let's get serious.


Tau tak sebenarnya ada 3 sumber sesuatu tulisan tu terhasil. 3 sumber tu adalah:

1. Pengalaman dan perasaan terhadap pengalaman
2. Pembacaan
3. Pembacaan + pengalaman.


Sumber nombor 1 adalah paling senang. Kita menulis ikut pengalaman sehari-hari, just olah apa pandangan kita sendiri terhadap pengalaman tu.

Sumber nombor 2 pula menuntut kerajinan membaca. Orang yang memang rajin membaca saje yang tahu betapa ilmunya meluas sedikit demi sedikit setiap kali dia membaca.. dan ianya sangat membantu apa bila dia ingin menulis sesuatu idea.

Dan sumber nombor 3 adalah yang paling superb. Gabungkan kedua-duanya sekali. Mengolah pengalaman sendiri.. tapi dalam masa yang sama boleh masukkan input-input tambahan dari bacaan kita. Dengan cara itu, kita tak semata-mata menulis mengikut pandangan peribadi (atau lebih senang faham.. tak syok sendiri), tapi kita juga mempertimbangkan pandangan masyarakat, faktor2 sosiodemografi atau ekonomi atau persekitaran dan sebagainya. Saya bagi contoh mudah..

Pengalaman kita ke pergi ke satu Kampung A, masuk kedai runcit nak beli barang. Harga barang kedai tu mahal dan rasa tuan kedai ni cekik darah.. Lalu berdasarkan pengalaman kita akan tulis.. "Harga barang runcit di Kampung A mahal."

Melalui pembacaan kita pula, kita dapat dapat tahu Kampung A terletak 40 km dari kawasan bandar. Hanya ada satu jalan utama menghubungkan Kampung dengan bandar

Bila kita combine pegalaman dan pengetahuan... kita akan tulis macam ni.

"Kami singgah sebentar ke sebuah kedai runcit di Kampung A untuk membeli beberapa barang keperluan. Tak sangka, barang-barang runcit di kampung ini mahal rupanya. Hm.. tapi logik la juga. Jarak dari Kampug A nak ke bandar begitu jauh, kos untuk mendapatkan bekalan pun perlu ambil kita perjlanan.. tambah-tambah lagi zaman minyak mahal ni"

Ok? Get the idea?.
Berbalik kepada topik bagaimana nak mula menulis balik.. so cadangan saya kita just coret pengalaman yg paling kita ingat. Cerita yang simple je,, just to gt the momentum back. Lama-kelamaan kita top up dengan sesuatu yg lebih factual dan ilmiah.

Ok lah sekian dulu dari saya. Harap bermanfaat.

Comments

  1. Hari ni cukup setahun post ni hehhe
    What a coincidence !

    ReplyDelete
  2. tulis post 2014, dapat komen 2015, reply komen 2016. Haha. Epik!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts