Cuti midsem kali ni

Su tersentak bila terasa kaki digigit. Rupanya kucing Arif yg su suka panggil cik puteh, menyorok di bawah meja. Mengantuk pagi itu masih belum hilang. Perjalanan dari KL pun belum hilang penat. Asyik terkulai je atas meja besar kat ruang tamu Che Na, bila try nak baca notes MND yg tebal ni, sampai tak sedar highlighter su dah menyerap dalam alas meja. Adoi..

Sebelum sahur pagi tadi, dapat panggilan dari mama. Alhamdulillah, diorang dah sampai Madinah. Tak puas pun peluk mama kat KLIA semalam. Su tak dapat nak stay lama sebab terpaksa ikut Su Zam balik titiwangsa. Sebenarnya banyak lagi perkara yang su nak btau mama, tapi dalam keadaan orang yang ramai kat KLIA, susah la nak dapat privacy.. Kalau bole su nak bagi satu list panjang untuk mama doakan su bila di depan Kaabah nanti. Kalau bole, su nak mama doakan su sesuatu yang dah lama su harapkan.. Su nak dapatkan balik apa yang su pernah hilang suatu ketika dahulu… tp tak tahu macam mana nak cakap kat mama supaya dia faham dan tak rasa benda tu kelakar.. Akhirnya bila su dah balik, baru su mesej mama.. Su cakap, mama, tolong doakan su ye: 1) biar rajin ibadah dan slalu tahjjud, 2) su nak jadi best student utk kuliah su bila grad nanti 3) su harap doa su sume diterima… Tu je yg mampu su btau mama…

Khamis ni ada exm MND. Banyak lagi tak habis baca. Kerja2 society pun banyak lagi ni.. Bila terkenangkan mama n papa kat Mekah, su pun terasa seperti nak meninggalkan sekejap semua kesibukan dunia ni, berlari dan melutut di hadapan Kaabah. Terasa ingin sujud di hadapan Baitullah dan memanjatkan doa pada Yang Maha Mencipta. Memohon keampunan utk segala dosa yang lalu, dan memohon kekuatan utk terus kuat menghadapi cubaan yg kita takkan pernah tahu bagaimana Allah akan uji kita.

Juga ingin memohon perlindungan dan dipermudahkan segala urusan dalan apa sahaja yg dibuat, utk su dan sahabat2 yang lain, terutamamya sahabat2 yg berkongsi satu matlamat dgn su.. iaitu mereka yg tak putus asa dalam menuntut ilmu dan pada masa yg sama mereka juga mahu menjadi hamba Allah yang taat, dan ingin menjadi sebahagian daripada golongan yang bertanggungjawab utk menegakkan kembali khilafah Islamiyyah di muka bumi ini..

Erk.. dah pukul 9.. kene sambung baca MND balik… Kita org Islam memang tak pernah cukup masa.. kerana tanggungjwab kita lebih banyak daripada masa yg kita ada…

Hmm… nak gi buat Umrah jugak…

Comments

Popular Posts