Dulu...

Sebatang demi sebatang pensel warna kususun mengikut urutan yang sebetulnya dalam kotak. Projek Flip chart utk Gestational Diabetes Mellitus memerlukan aku melukis sendiri gambar2 yang berkenaan, sbb tak banyak gambar yang betul2 sesuai dalam internet. Merenung kotak pensel warna Luna yang kupinjam dari Asma, membawa ingatan aku kepada zaman kanak-kanak dahulu.

Aku suka suka melukis dan mewarna. Pensel warna Luna kotak besar yang 24 or 36 batang memang menjadi birthday present idaman. Suatu hari mama tunaikan permintaan aku.. alangkah gembira tak terkira dapat pensel warna kotak besar!! Aku jaga betul-betul.. kawan baik aku je yang boleh pinjam. Pastu aku selalu pesan, susun balik pensel warna tu ikut urutan. Hitam, kelabu, coklat, biru, purple (aku panggil warna butir star.. huhu), merah, hijau tua muda.. sampailah warna putih.

Hm.. kalau dibandingkan lukisan aku dengan kawan-kawan yang lain, aku antara pelajar yang mampu melukis dengan baik. Tapi sayang sedikit aku memang tiada bakat mewarna. Seringkali dalam subjek pendidikan seni, lukisan aku yang awalnya elok, kelihatan buruk bila aku mewarnakannya. Itulah antara sebabnya aku selalu dapat B atau B+ je, kadang-kadang C, untuk lukisan aku. Kalau hantar lukisan yang xde warna pulak.. cikgu akan cakap aku aku hantar kerja tak siap..

Masa aku darjah 2 ke 3.. aku masuk pertandingan melukis anjuran Vitagen kat Hankyu Jaya, Kota Bharu (supermarket tu dah lama tutup). Kitorang masa tu disuruh melukis gambar buah-buahan di dalam bakul. Akhirnya lukisan aku siap dan aku tersenyum puas sambil mula mengharap untuk menang pertandingan itu. Tiba-tiba aku rasa risau, kerana satu benda je yang aku tak buat lagi ialah mewarna lukisan tu.. Sememangnya aku refused utk warnakan lukisan buah-buahan aku.. sebab aku tahu.. lukisan akan jadi hodoh.. dan aku mesti takkan menang.. Tapi bila tengok orang lain bersungguh-sungguh warnakan lukisan diorang.. aku pun terasa nak cuba warnalah ..Lama jgk masa aku ambil b4 aku btul2 decide yg aku nak kaler lukisan tu.. Then, aku kaler dengan begitu berhati-hati, takut-takut warna tu terkeluar dari gambar.. Tiba-tiba masa dah habis dan aku kene hantar. Aku pun kaler la cepat2.. Siap je terus hantar.

Petang tu, aku rasa berdebar gila. Keputusan dah nak diumum.. Semua peserta kanak-kanak duduk kat tengah-tengak lobi supermarket.. dalam bulatan yang diikat dengan riben. Aku dah nampak mama ngan papa sampai.. Diorang tunggu kat sekeliling riben yang diikat antara tiang.. Aku lambai kat diorang sambil tersengih-sengih..

Tempat kesepuluh mula diumum.. ke-9, 8, 7… huhu.. sejuknya tangan aku.. Sampai tempat ke empat pun, nama aku tak diumum pun.. Kemudian MC sambung lagi..

“Tempat 3 ialah*$^&% …!!! ….heheh.. Bukan aku.

Tempat kedua jatuh kepada…..*^#^&$$ …ermmm.. Bukan aku jugak!

Saat yang mendebarkan, tangan aku semakin sejuk…

Dan tempat pertama jatuh kepada…..adik S*^%^^%&

Aku mengamati perkataan akak MC tu betul-betul.. ternyata nama yang dia panggil tu… bukan nama aku jugak…

Di tengah-tengah tepukan yang gemuruh tu.. aku nampak (kalau tak silap la) budak Cina naik ke pentas utk terima hadiah yang besar sangat.. Macam-macam dia dapat.. sampai tak muat tangan..

Tak semena-mena mata aku menitiskan air... Isk.. sedih la.. Tapi memang hasil kerja diorang lagi cantik.. Bila mama datang, aku cepat-cepat mengesat air mata… Petang tu aku pulang ke rumah dengan hadiah penyertaan, sebotol air vitagen…

Aku coretkan kisah ni bukan sekadar nak bercerita… Cuma nak kongsi sikit ngan sahabat2. Aku sangat minat melukis dan mewarna. Tapi peristiwa tu buatkan aku dah set dlm fikiran aku yang aku tak pandai mewarna. Sejak hari tu.. memang aku takkan warna lukisan-lukisan aku yang aku lukis dalam sketch books dan drawing blocks. Dan sampai hari ni pun.. aku tak pandai mewarna sangat…

Cuma.. masa lepas SPM dulu, aku pernah buat keberapa kalinya beli sketch book yang baru.. dan starts melukis something yang ada maksud tersirat.. contohnya gambar frame yang pecah.. gambar orang nak jatuh dari gunung.. gambar orang hulur tangan.. n adala beberapa lagi… Pastu belajar lukis different type of bunga. Sbb ada banyak masa free, aku try la jugak belajar mewarna.. Aku start dengan gambar yang kecik2 dulu… Huhu..bole la.. tapi minat mewarna tu dah lama aku buang jauh-jauh.. so usaha aku tak tahan lama.. terhenti sampai situ je..

Comments

Popular Posts