Selesai 1 episode kehidupan -part2 (practical)


Sedikit sambungan coretan dalam tempoh praktikal…
Di mana2 sahaja kita berada , takkan kita jumpa suatu pekerjaan pun yg tidak memenatkan. Job stress ada di mana2. Stress kadang2 disebabkan oleh pekerja yg buat hal, majkan yg terlalu garang, yg suka membebel.. stress sbb masalah teknikal, stress sbb deal dgn pihak2 lain dan macam2 lagi. Memang kita xleh elak job stress, tapi sape kate kita x boleh atasi stress tersebut?
Bagaimana stress itu timbul sebenarnya berpunca dari bagaimana kita menafsirkan sesuatu kejadian. Kalau kita bole anggap bebanan kerja itu sebagai ibadat, mahupun cabaran yg mendatangkan manfaat, mesti kita boleh atasi stress disebabkan beban kerja.
Berkhidmat dengan ikhlas..
Syarat sesuatu pekerjaan itu diterima sebagai ibadah ada 3:
1. Niat yg baik dan ikhlas
2. Tidak bertentangan dgn syara’
3. Tidak menghalang ibadat fardhu yg lain
Jika semua ketiga2 syarat ini dipenuhi, maka setiap kerja yg dibuat pasti mendatangkan bauh pahala dr Allah. Bayangkan hidup kita 24 jam beribadah.. x mustahil kan?=)
Sepanjang tempoh praktikal, aku nampak ramai staff2 kt situ yg bekerja tanpa ada motivasi yg kuat. Mengeluh perkara biasa, main elat pun ada.. Alangkah baiknya kalau seorang majikan tu boleh menanam motivasi kepada setiap pekerja.. dan yakinkan mereka bahawa kerja yg diorang lakukan itu bkn suatu yg sia2. Setiap amal yg bawa kebaikan kepada org lain (contohnya hidang makan buat org sakit, basuh pinggan mangkuk bekas pesakit, potong ikan, daging, sayur dan masak.. mereka sebenarnya sdg melakukan tugas yg mulia, itu semua ada pahala masing2. Tinggal saje keikhlasan di hati.
Kadang2 aku terfikir.. adakah majikan di sini tahu yg ramai dr staff diorng sebenarnya banyak buat kerja sbb takutkan bos, bukan sbb kesungguhan sendiri dan prinsip diri utk memberi khidmat yg terbaik. Depan mata bos, sume elok je.. tp kalau bos xde.. yg tu x buat, yg ni dibiar..
Sebaiknya mereka ini diterap nilai2 yg positif.. contohnya pekerja buat sesuatu yg disuruh oleh bos atas dasar ikhlas dan hormat pada bos, bukan sbb takut pada bos semata2..
Semoga kita sentiasa diberi pentunjuk dariNya…

Comments

Popular Posts