Selesai 1 episod kehidupan -part3 (final)

Bila teringat balik hari2 di Jab Sajian HPJ, tak terlepas lg rasa terkilan di hati.. Ada beberapa perkara yg aku tak perform dengan baik. Aku menyalahkan diri sendiri atas sebab kurang motivasi utk execute satu projek yg lebih baik dan kreatif di samping performance dari segi mempelajari selok belok pegurusan catering hospital. Masih ada benda yg kecik2 aku tak belajar.. Walaupun ada beberapa halangan yg aku tempuhi, especially masalah attitude orang2 sekeliling, aku sepatutnya ketepikan dulu soal tu.. give effort to the fullest biarpun tak dapat support dr org lain.

Masalah kewangan satu hal.. pokai habis.. Licin duit scholar sem lepas.. Ntah kenapa sbb tak cukup duit pun buat aku jadi x semangat masa praktical.. Nak mtk ng kakak.. segan.. nak mtk ng mak ayah pun segan. Ape pun.. aku survive je sampai abis.. Sbb rezeki tu ditangan Allah.

"Wa manyyatakillaha yaj'allahu makhraja.." sepatutnya aku berpegang kepada janji Allah yg selama ini ku baca.. bukan cepat menyerah sebelum cuba..
A'la kulli hal.. aku survive la.. Alhamdulillah..


22 June 09..
Seminggu selepas practical di Jab. Sajian HPJ, report dihantar dan kami langsung pulang ke UIA. Kete dayah ada aku, dayah sendiri dan nawa, manakala kete miya yg turut convoy sama membawa miya, nadirah dan saadah. Kami bertolak dari Damansara, umah Nawa yg menjadi port kitorang beberapa malam.-selesai hutang aku ng HPJ

24 June..
Presentation dari semua hospital diizinkan Allah berjalan dengan lancar. Seronok tengok member2 lain buat projek di tempat practical masing2. Utk grup aku ng Mimi, walaupun esaiment utk bagi "Talk" kat staff Besta tu biasa2 je.. kami present la jgk..- dan presentation pun selesai.. hamdallillah..

26 June..
Report practikal kami hantar pada Sis. Fathin.. dan malam tu aku berlepas ke KL semula bersama Nawa, Dayah & Saadah. Sepanjang perjalanan aku asyik teringat kat repot yg dihantar kt sis. fathin.. sebenarnya banyak yg x lengkap. Ade je problem.. printing la, data x lengkap la. Tak tau la berapa markah yg dapat..

selesai hutang repot ng sis fathin..

27 June..
Hari yg dinanti ramai..
Kami berempat bertolak ke UIA Gombak. Kumpul ramai2 dan x silap 7 buah kete berlepas.. menuju ke 1 destinasi.. Yup.. Walimah A'thiq & Maryam. Kete yg aku naik bersama shbt2 dr Gombak tiba agak lambat.. sebab tersesat jalan. Namun kami ada 2 buah kete lagi yg memang x sempat langsung ke majlis sbb tersesat tahap maximun (i shall say).. termasuklah kete dayah. Tapi bak kata dayah, semua ada hikmah di sebalik tu.. Sepanjang jalan yg diorang sesat tu, dayah dah jumpa banyak tempat yg kami sendiri xtau kat mana.. HKL, IJN.. mana2 lagi la. Tempat2 ni bakal kami serang tuk Clinical weeks for Special Unit..

Berbalik kepada cerita walimah maryam & Athiq.. Kedua mempelai berpakaian putih bersih. Pengantin perempuan dihias ringkas tp nampak sweet.. Maryam mengenakan gaun pengantin yg dia design sendiri.. Terpamer wajah2 bahagia di sebalik keletihan mereka berdua melayan tetamu.. bahkan maryam & a'thiq sanggup tunggu sampai ke petang utk menyambut shbt2 yg tersesat jalan. Walaupun x sempat makan di Dewan Raflesia, semua sahabt UIA termasuk yg tak sesat pun dijemput ke rumah maryam dan dijamu dengan makanan kenduri yg masih berbaki. Alhamdulillah.. Allah itu Maha Pemurah dan Dia memberi rezeki kepada sesiapa yg Dia kehendaki.

Aku tersenyum sendirian.. Ramai sudah sahabat yg mendirikan rumah tangga sepanjang cuti ni. Namun hanya kenduri Maryam&A'thiq je yg sempat aku hadiri. Walimah yg aku terlepas dek kerana halangan jarak termasuk kenduri K.AC& A.Azreen, dan K.Tasnim. Kad jemputan kahwin masih tersimpan.. dan sekarang hanya mengira2 waktu bial agaknya aku bole ziarah mereka.

1 July 09..
Aku x balik kb lagi (Waduh!!!) Ada kt putrajaya dgn family. Tapi best jgk sbb baby sit anak sedara kesayangan ni buat aku aktif skt..
Hari ni kitorg ke KL, hantar adik bongsu lagi manja+ mengada-ngada.. sambung blaja n terus kije di Institute for Medical Research (IMR), berdekatan dgn HKL dan IJN. Aku dan Abg Yai (abg iparku) tolonh angkat segala barang naik ke tinggat 4 asrama. Semput jadinya. Inilah kali pertama adik aku tinggal di asrama.. biar dia rasa susah senang duk jauh dari family. Cuma risau gak... tempatnya kt tengah2 KL.. Harap2 adik aku kuat iman.. Ameen.




3 July..
Barulah tiba di KB.. dgn express Wau KTM.. aku mulai semput.. athma attack nampaknya.. Xpelah.. kifarah dosa

Practical selesai, repot & presentation selesai, kenduri-kendara pun selesai, urusan keluarga pun selesai..
Alhamdulillahi Rabbil a'lamin.. segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Comments

  1. terima kasih dtg ziarah kami! wishing u BEST of LUCK!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts