Fastabiqul Khairat..





Cinta Ramadhan yg bertandang kembali....

Terasa ketenangan di pagi 1 Ramadhan. Hari yg tak terlalu cerah, tapi hidup diteruskan seperti biasa..

Pagi itu aku mengenang kembali beberapa peristiwa yg berlaku sebelum ini.. Ramadhan kali ini bukan apa2 lagi bagi sesetengah insan. Rupa-rupanya Ramadhan 1429 yg lepas adalah Ramadhan yg terakhir bagi mereka. Al-Fatihah buat Allahyarhamah Nur Maslina, bekas pelajar UIAM yg meninggal dunia akibat kemalangan beberapa minggu yg lalu. Terbaru (x la baru sgt), pentas seni dakwah kita yg kehilangan insan berjasa, Allahyarham Ust. Asri, tonggak kumpulan Nasyid Rabbani.

Seharusnya kiya yg masih hidup panjatkan sejuta kesyukuran kerana masih bertemu Cinta Rabbul Izzati ini. Ramadhan ini tidak lain hanyalah salah satu dari jutaan tanda Cintanya Allah pada kita. Masihkah kita buta dan tidak mahu meraih CintaNya?

Aku lontarkan ini tidak bererti aku juga selamat dari kelalaian. Semoga Allah sahaja melindungiku dari terlupa akan nikmatNya.

Fastabiqul Khairat sahabat2 ku.. Kuseru semuanya, mari kita berlumba meraih Cinta Ramadhan, yg dibaliknya sebenarnya adalah Cinta dari ar-Rahim.

Hm.. baru ada seorang sahabat yg SMS aku dgn ucapan Fastabiqul Khairat.. mungkin aku patut mesej shbt2 n keluarga yg lain jgk.

Comments

Popular Posts