Gunung Jerai 09




26 Dec 09..

Di saat member2 JB pulang ke rumah/kampung halaman masing2, kami di SP keluar dari tempurung menuju Daerah Yan.. Destinasinya, GUNUNG JERAI.

Bersama2 kawan2 lain (Farah n faziha-UiTM),(kim-UMT) dan (Geo n Wadi-UPM), kami berlapan spend rm10 seorang utk naik van dan dihantar ke puncak.. tp takde la 100% naik van.. Ada jgk jalan kaki (nak jugak cakap, hehe). Seronok jugak la, walaupun sebernanya I was expecting sungai and air terjun. Anyway Alhamdulillah, semuanya lancar.At least dapat menenangkan hati yg sedikit tercalar malam semalam dek kerana insident kureng respect seorang housemate. Biaq pi dia aih.. Dah besar2 pon takleh fikir ape yang betul ape yang salah.

I dont really want to talk about the vacation.. but the messages behing this event are my concern.

"Wahai manusia! Sungguh, kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu bangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.." (al-Hujurat:13)

Kami baru je berkenalan.. tapi sejak hari pertama lagi aku dapat rasa keramahan semua kawan-kawan yg disebutkan tadi, yang lebih awal buat attachment di HSAS. Sebelum ni, selain zaman sekolah dulu, aku memang takde kawan dari bangsa lain. Tu pun tak kawan sangat dengan budak2 cina or india, sbb diorang pun ada geng masing2. Bila dh masuk Naim Lilbanat lagi la.. Kim, Chinese young lady yg bersusuk kurus sangat baik orangnya.. Sangat care dengan orang lain, dan i beg dia seorang yang berdisiplin. Kim still belum sembuh dari batuk tapi much better dari dua tiga hari lepas. Tapi dia sangat jaga makan. Tak sentuh pun makanan berminyak, air berkarbonat, or ape2 bekalan yang dia rasa tak baik utk org batuk.

GEO from Sabah, Cina Dusun-Kadazan (if i not mistaken la).. sangat sporting dan kelakar orangnya. BAgi Geo, XPDC ke Gunung Jerai kali ni very meaningful to him, sbb this was the 1st time dia tak balik sambut Christmas dgn family di Sabah. (Sian Geo..). Kalau time bergambar, macam2 la gaya,aksi and mimik muka dibuatnya. Tak rasa kekok sangat nak berkawan dgn Kim and Goe walaupun berlainan agama sbb attitude diorang bagus. So kawan-kawan Muslim yg lain macam mana? Muslim shud perform more!




Anyway.. Kebesaran Allah terserlah di depan mata sepanjang 5-6 jam berada di Gunung Jerai. Patutkan aku yg diberi peluang menyaksikan keindahan ciptaan al-Khaliq tidak bersyukur pada-Nya? Akal dan pancaindera yg Allah kurniakan itu hanya bermanfaat bagi orang yang menggunakannya pada jalan yg haq.

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal.." (Ali Imran:190)





Terima kasih Ya Allah bagi peluang aku ke sini.. and thank you sister Fathin sbb hantar kami ke SP =)=)=)

Comments

Popular Posts