A week in Sg Petani

Title je Egnlish.. ceritanya nak BM jgk..

12 Disember 2002.

Dhuha hari ini sempat aku luangkan sedikit masa mengadu pada Yang Maha Pengasih, semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang aku berada di Sg Petani Kedah..


Dari luar kedengaran seseorang memanggil..
"Adik!Adik!"
Hanya aku dan Nadirah yg berada di tingkat bawah. Yatie demam.. Aku menjengah keluar, menyambut panggilan jiran yg baru berkenalan pagi tadi, Cikgu Shahadan. Dia kemudian memperkenalkan kami kepada seorang lagi jiran, Ust. Hashim, selang dua rumah dari rumah Cikgu Shahadan. Masa tu jugak aku berkenalan dengan isteri Cikgu Shahadan, Makcik Ina. Ust Hashim 'offer' utk hantar dan ambil kami setiap haro ke hospital dengan kadar bayaran rm5 per trip..

Aku menyeka air mata yang tak de la banyak pun.. tapi seberkas syukur terbit dari hati aku. Allah.. Dialah tiada sesuatu yang payah pun apabila Allah mempermudahkan..



Selesai solat Asar.. tetiba ruang dada terasa sempit.. Bukan apa, terbayangkan esok akan mula minggu ke 2 attachment.. Sesak nafas bila terbayang wajah supervisor tu.. Aku tahu dia marah aku utk mengajar.. and i dont even mind pun kene marah because it was my fault yg tak belajar betul2.. Tapi aku jadi sesak nafas bila kene marah depan patient.. marah, as in melontarkan kata-kata yang memalukan aku depan patient.. Kadang2 rasa patah semangat.. tapi bila terbayangkan wajah2 lcturer aku kat UIA Kuantan dan segala pengorbanan dan ilmu yg mereka hulurkan.. i realized that i need to push myself harder.

If any of my lecturers/dietitians from UIA Kuantan read this.. I'm sorry for the first awfull week, and i promise not to dissapointing u after this.

At least, tomyam yg kitorang masak hari ni give me a feel good time for a while.. hehe

Comments

Popular Posts