Saturday, January 16, 2010

Sejarah & Kita

Destinasi “Sambil Menyelam Minum Air” (smbil praktikal gi jalan-jalan) kali ini menuju ke sebuah tempat bersejarah.. yg terkenal dalam lembaran buku teks Sejarah (Tingkatan 2 kot..)
“LEMBAH BUJANG”

Artikle di bawah dipetik daripada laman sesawang Perbadanan Perpustakaan Negeri Kedah. There are some parts that have been edited, sesuai dengan mesej yg ingin di sampaikan oleh penulis. Walau bagaimanapun maksud asal artikel tersebut tidak berubah.

>>>LOKASI>> merangkumi kawasan seluas 144 batu persegi dengan pembatasan Bukit Choras di bahagian Utara, Sungai Muda di bahagian Selatan, Selat Melaka di bahagian Timur dan Lebuhraya Utara - Selatan di bahagian Barat






Tarikan utama>> Tapak arkeologi atau carigali seperti runtuhan candi, struktur bandar dan pelabuhan terpendam, ratusan ribu pecahan seramik, kaca dan manik dari China, Asia Barat atau Tanah Arab serta dari India, patung-patung dan arca, batu bersurat serta peralatan yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat kuno. Penemuan semula artifak sejarah ini membuktikan bahawa telah wujud sebuah petempatan dan kerajaan pada masa yang lampau di Lembah Bujang.

Apa itu candi?
Tempat penyembahan atau pemujaan.
Terdapat beberapa candi yang terkenal di Lembah Bujang yang telah ditemui, antaranya ialah Candi Bukit Batu Pahat (Tapak 8), Candi Kampung Pangkalan Bujang (Tapak 19,21 dan 22), Candi Estet Sungai Batu (tapak 5 dan 11/3), Candi Kampung Pendiat (Tapak 16), Candi Kampung Permatang Pasir (Tapak 31) dan Candi Kampung Bendang Dalam (Tapak 50).



Jumaat/8 Januari 2010/1500



Nama “Lembah Bujang”

Merujuk kepada perkataan Sanskrit iaitu "Bujang" atau "Bhujangga" yang bermaksud ular atau naga yang melambangkan “kemakmuran”. Manakala perkataan "Bhujangga" diambil daripada perkataan asal iaitu "Phujangga" yang membawa maksud golongan cerdik pandai atau "Brahmin" di dalam sistem kasta Hindu. Dengan erti kata lain, nama Lembah Bujang diambil daripada perkataan Sanskrit yang mempunyai pengaruh Hindu - Buddha.


Perdagangan Dunia & Setempat
Abad ke-4 - abad ke-11>>> wujud perdagangan antara China dengan India yg bertukar-tukar barang dagangan di Lembah Bujang sementara menunggu pertukaran angin monsun di Selat Melaka dan Laut China Selatan. Para pedagang juga turut berdagang dengan penduduk-penduduk tempatan. Menurut H.G Quarith Wales, Lembah Bujang telah sedia didiami masyarakat pribumi Orang Asli yg mengamalkan sistem ekonomi sara diri. Mereka bergantung kepada pertanian dan hasil hutan seperti damar, rotan dan kayu-kayan yg sangat diperlukan oleh para pedagang luar, manakala masyarakat tempatan memerlukan barangan seperti kain, rempah, pinggan mangkuk, tembikar, barang pertukangan untuk keperluan harian.



Kawasan Lembah Bujang ini juga merupakan jalan air utama bagi penduduk menjalani kegiatan seharian. Perahu yg ditebuk daripada batang pokok adalah "bas" zaman dahulu kala..




Fahaman dan Kepercayaan

Masyarakat Asli Lembah Bujang menganuti fahaman animisme dan mudah menerima nilai-nilai baru. Ini memudahkan para pedagang yang membawa bersama mubaligh-mubaligh bagi mengembangkan ajaran agama masing-masing. Antara abad ke-4 hingga abad ke-5 mubaligh-mubaligh agama Buddha telah masuk untuk berdagang bersama pedagang-pedagang India. Zaman ini dipanggil tahap awal Buddha.
Abad ke-15 Pedagang India berjaya menjadikan Lembah Bujang sbg pusat penyebaran agama Hindu - Buddha yang terkenal. Menurut ajaran agama Hindu, tempat tinggi seperti Kaki Gunung Jerai adalah tempat suci. Oleh itu, mereka memilih Lembah Bujang untuk mengembangkan Agama Hindu. "Proses Penghinduan" atau "Indianisasi" berlaku dengan ketaranya di utara Tanah Melayu. Patung-patung dan candi-candi merupakan bukti pengamalan agama Buddha yg berkembang di Lembah Bujang..




Sinar ISLAM….
Selepas abad ke-15 pengaruh Lembah Bujang mula merosot apabila agama Islam dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang Arab dan kemunculan beberapa pelaburan baru seperti Melaka, Acheh, Singapura dan sebagainya. Pengaruh ajaran Islam dari sekitar Nusantara turut menguasai Utara Tanah Melayu, dan akhirnya Islam mula menyinar di bumi Lembah Bujang. Tarikh, lokasi dan kronologi kedatangan Islam di bumi Kedah anda kene cari sendiri.. sbb penulis kesuntukan masa... Sori..




Sumber: Perbadanan Perpustakaan Negeri Kedah


Kesempatan berkunjung ke Muzeum Arkeologi Lembah Bujang ini menyedarkan aku, betapa penting kita ketahui Sejarah Peradaban dunia dan hidup bermasyarakat. Tak salah kalau kita luangkan sedikit masa mengetahui rentetan peristiwa zaman dahulu, supaya kita tahu mana asal-usul kita. Mungkin dengan cara itu kita lebih menghargai apa yg kita ada sekarang.

Walaupun pada mulanya bagi aku susunan candi2 di sini tak lebih dari hanya susunan batu-bata berstruktur.. tapi akhirnya terdetik di hati aku utk membaca lebih ttg Lembah Bujang dalam internet. Baru aku tahu, batu itu bukan hanya batu. Batu2 ini menyimpan pelbagai cerita.. cerita tentang bagaimana fitrah hati manusia yg ingin kepada Tuhan. Fitrah manusia yg yg memerlukan antara satu sama lain. Fitrah manusia yg sentiasa ingin kehidupan yg lebih baik. Walaupun berbeza zaman, tp fitrah2 ini takkan pernah berubah. Hanya mungkin alat2 yg berubah. Sejarah dan kita takkan pernah berpisah..

Bagaimana agaknya kalau Islam itu tidak pernah sampai ke bumi Melayu?.. Apa anutan kita sekarang?. Hakikatnya nikmat Iman dan Islam itu adalah nikmat yg paling besar dalam hidup kita, tapi masih ramai tak menyedarinya. Sperit yg banyak kali dinukil oleh Uztaz Hasrizal dalam saifulislam.com, jangan kita Islam hanya kerana ibubapa kita Islam.

Saya menyeru diri sendiri dan pembaca semua, cari kebenaran dalam setiap apa kita kita lakukan. Apakah duduk bangun kita dalam solat itu perbuatan yg Benar? Apakah lapar dahaga kita semas berpuasa itu sesuatu yg benar? Apakah kitab al-Quran itu benar?? Andai saja kita mampu merasa bahawa Islam yg kita anut ini adalah yg paling Benar.. Agama dan penyuluh hidup dari al-Haqq (Yg Maha Benar).. baru kita tahu kita ini Islam bukan kerana keturunan.



Mudah-mudahan kita juga diberi kekuatan utk mengajak org non-Muslim mendekati Islam.
Sehingga bertemu lagi dalam post seterusnya=). Ilalliqaa'.

No comments:

Post a Comment