Yang Hilang Dan yang Kekal
27 Rejab..
Sempat juga membelek blog2 muslimin muslimat yang saya sendiri tak kenal, just nak baca something yg bole menyejukkan hati.
Di satu blog yg indah "page'nya, saya meneliti kata-kata hikmah yg terselit di hujung laman..
" Sekiranya engkau keletihan melakukan suatu kebaikan, maka keletihan akan hilang dan pahala kebaikan akan kekal. Sekiranya engkau seronok melakukan suatu dosa, maka keseronokan akan hilang dan dosa itu akan kekal (melainkan kita bertaubat)." -Saidina Ali k.a.
Cukup menghentak kelekaan dalam hati dan saya fikir ianya patut dikongsi. Memang benar. Imam Ghazali juga pernah bertanya kepada dirinya sendiri, antara barang yang sementara dan barang yang kekal, manakah yg akan aku pilih? Maka jawab Imam Ghazali pada diri sendiri, sudah pasti yang kekal akan kupilih, yg kekal itu lebih penting.
Maka kita patut tanya diri sendiri, apa yang kita mahu kekal pada diri kita? Kebaikan? Pahala? Kebahagian? Atau kita mahu dosa yg kekal pada diri kita?
Justeru kita tanya lagi.. Siapakah Yang Maha Kekal? Siapakah yg AMAT mampu Memulakan dan Melenyapkan?
Saya menyeru diri sendiri dan anda semua, ayuh tinggalkan dosa, tingkatkan pahala... Semoga Allah kuatkan kita. Amin.
"Kalau kejayaan itu adalah dengan niat & himmah (keazaman), maka harga yang perlu dibayar untuknya adalah letih. dan manusia yang paling letih ialah mereka yang memiliki keinginan & cita-cita yang agung. Tiada ancaman yang lebih besar bagi seseorang selain daripada kendurnya himmah & sukakan kerehatan. Ketika itu akan terbukalah satu persatu kelalaian & perkara lagha dalam hidupnya"
ReplyDelete