Syukur Vs Kufur

Himpunan cerita2 muhasabah diri..

KALAULAH AKU DI TEMPATNYA..

Pagi tu aku bangun, aku cermin muka sendiri. Ada yang tak kena. 2 3 ketul "mutiara" merah tumbuh di dahi, dan satu di tepi hidung. "Argh!.. Memalukan, macam mana nak "outing dengan kawan-kawan ni??". Jerawat-jerawat yang baru tumbuh itu menghilangkan mood aku di pagi hari. Parut-parut lama pula belum hilang.



Walaupun jiwa aku tidak bersama, aku tetap ikut Natasya ke Mall. Kami sepatutnya beli baju baru, 2 hari lagi ada reunion dengan kawan2 kolej dulu. Dah lama tak jumpa mereka.. Tak sabar rasanya.. Bagaimana rupa "Si Dia" sekarang? Tapi.. aah, mood aku hilang begitu sahaja..

Masa makan2 kt Radix Chicken House, Aku tidak henti-henti menelek kulit mulus Natasya yg tak pernah ada masalah.. jerawat ke, jeragat ke.. Kalaulah aku di tempatnya.. tak adalah mood aku "fluctuate" macam ni selalu. Dengan raut wajahnya yg ayu, kulit yg sangat cantik, hampir senang saje Natasya untuk menawan hati mana2 lelaki. Kalau kulit macam aku, hmm.. lelaki mana agaknya nak pandang.. Kalau diikutkan cemburu, memang cemburu sangat la.. Kawan2 aku da ramai yg kawin.. Aku? Lelaki pun tak ingin nak pandang.. Aaah.. malas betul aku fikir.. biarlah.

Malam itu pun tiba.. aku park kereta betul2 di hadapan restoran 3 bintang yg ditempah khas utk reunion kami.. Aku dan Natasya berjalan menuju ke pintu utama, dan tiba2 disapa suara dari belakang.. "Linda! Natasya! Ingat sy lagi tak?" Kami terpegun sebentar.. "Yani.. Ilyani kan??! Lamanya tak jumpa kau.. Wah Yani, cantiknya kau sekarang!"
"Ala, biasa je.. kamu pun apa kurangnya. Kaukan Tasya, lebih cantik dari dulu. Eh, Linda, apa kat hidung tu.. hihihi. Tebal make up kau sekarang ek.." ujar Yani berseloroh.. Kurang asam betul budak ni, lepas 5 tahun tak jumpa, jerawat aku yg kau tegur dulu! Tak semena-mena aku jadi panas, lantas meninggalkan Tasya dan Yani tanpa sebarang kata. "Linda! Linda! Kau nak gi mana tu?!" suara mereka akhirnya tenggelam dalam deruman enjin kereta aku.. pecut meninggalkan majlis yg selama ini aku tunggu2. Biarkan..

Aku memberhentikan kereta di hadapan Surau As-Sakinah. Kelihatan dua tiga orang jemaah keluar dari surau itu. Baru habis kuliyah Maghrib agaknya. Tak jauh dari situ, ada wanita dua beranak baru membuka payung kereta sorong.. mereka menjaja air soya. Malam2 masih mencari rezeki.. takpe lah, asalkan halal.

'Air soya satu dik". Dalam hati aku berkata.. "Patutnya, makan sedap2 malam ni.. air soya pun jadilah". Aku sendiri tak menyangka aku akan "dinner" kat sini.

"Ni kak.. air soya sejuk.. maaf bagi tangan kiri ye.." ujar gadis itu. Hai, tak menang tangan ke sampai hulur kt pelanggan pun dengan tangan kiri? Jual air soya je pun. Gadis tu taklah muda sangat, entah2 sebaya dgnku." Aku meminta izin duduk di bangku plastik sbelah kereta sorong mereka.. sekurang-kurangnya selamat sikit duduk dekat ngan diorang, daripada duduk sorang2 dalam kereta tu. dan aku memang tak nak balik rumah lagi. Bengkak hati aku belum reda.

Dua tiga orang lagi budak-budak muda datang membeli air soya penjaja dua beranak ni.. "Maaf ye tangan kiri.. jual ye.." ujar gadis itu kepada budak2 muda di hadapannya, sambil tangan kirinya menghulurkan air soya satu persatu..

"Aihh, asyik hulur tangan kiri je, apahal budak ni" mata aku tajam menatap gerak-geri gadis kecil molek ni, dan tiba-tiba aku rasa ada yg lain pada pergerakannya.. Dia sememangnya menggunakan tangan kirinnya utk menyenduk, menuang, menutup cawan plastik, menghulur dan menerima wang.. dan hanya itulah satu-satunya tangan yg dia ada.. Subhanallah, gadis itu kudung tangan kanannya..

Terasa tersekat air soya dikerongkongan aku.. baki yg masih tinggal tak mampu aku habiskan..Astaghfirullah.. aku bersangka buruk pada gadis itu tadi.. Nak meminta maaf, rasa tersangat malu..

"Allahu akbar, Allahu akbar.." azan berkumandang, waktu Isya' sudah bertandang.. Aku memutuskan utuk solat Isya' di surau ini shj. Kaki kulangkah ke perkarangan surau. Reunion kami sudah luput dari fikiran.. Aku tak putus2 mengenangkan gadis penjual air soya tadi..

"Allahu akbar.. aku meradang sepanjang hari kerana jerawat kecil di wajah aku, tapi gadis itu sepanjang masa tersenyum tenang walau tangannya kudung. Aku risau tak ada siapa nakkan aku dgn muka berjerawat ini.. tapi gadis itu..Entah apa yg difikirkan tentang masa depannya.. Adakah dia juga pernah terfikir "Lelaki mana mahukan perempuan kudung?". Sekurang-kurangnya aku tiada cacat cela, tapi gadis itu..



Hati aku benar-benar terpukul.. Ya Tuhanku, andai aku kau letakkan dalam keadaannya, adakah aku mampu menerima dugaanMu? Sedang jerawat yg kecil ini pun buat aku sudah lupa nikmatMu, yg mengizinkan aku utk ada anggota badan lain yg lengkap.. tak tahulah bagaimana kalau aku ditempatnya..

...
Wudhu' kali ini aku pastikan segala solekan tak tersisa di wajah aku.. Dan sujudku.. aku memohon ampun pada-Nya, kerana selama ini tidak bersyukur.. kerana selama ini aku kufur nikmat-Nya.. Aku malu pada-Nya.. Dan kedua tangan ini kuangkat, pohon keampuannya.. Usai solat, aku berpaling ke belakang. Dan di sudut surau itu, aku lihat gadis kudung tadi ada di situ, masih dalam telekongnya. Dan dia sedang berdoa, dengan menadah hanya sebelah tangannya.. Air mata aku mengalir lagi...

Comments

Post a Comment

Popular Posts