Untung secupak Rugi Seguni..

Cerita ustaz TV 9 hari ni..

"Suatu masa dulu, semasa saya dlm perjanan ke Maghribi utk satu program bersama umat Islam di sana" "Saya jumpe seorang Mufti, katanya di Maghribi sana bagus, ramai ulama
ulama' hebat. Kemudian berjumpa pula seorang chef, katanya "Wah, makanan Maghribi sedap-sedap". Datang pula sekumpulan anak-anak muda, kata mereka "Oowh, Maghribi tu.., wanitanya cantik-cantik.."

Ustaz menyimpulkan.. "Pandangan seseorang terhadap sesuatu perkara bergantung kepada ilmu dan pengetahuan yg dia ada" Macam tu jugak bulan Ramadhan". Ada yang nampak Ramadhan itu peluang paling bernilai dalam hidup kerana kemuliaannya dan fadhilatnya yg tak terhingga, namun x kurang juga yg merasakan bulan puasa itu beban dan mengharapkan ianya cepat-cepat berakhir. Dan tak lupa juga yg sangat "excited" dgn kedatangan Ramadhan, kerana inilah peluang utk menjana rezeki. $$$$!

Teringat pula pesanan Ust. Aziz di Masjid An-Naim, KB.
"Orang-orang yg sangat leka berniaga di bulan puasa ni, kadang-kadang ramai juga yg lalai. Yg tukang jahit, sahur di mesin jahit berbuka pun di mesin jahit. Yg tukang buat kuih, sahurnya di ketuhar, buka puasa pun di ketuhar. Inilah yg kita kata, untung secupak, rugi segunung..." astaghfirullahal'adzim..

Saya pun terasa kene batang hidung juga, tahun ni mula buat bisnes biskut raya. Akhirnya saya decide utk limitkan tempahan. Terasa rugi kalau kemuliaan Ramadhan tidak dimanfaatkan sebaiknya. Sedang hajat kita pada Allah tinggi menggunung, amal kebajikan pula hanya sebesar debu.. Ampunkan aku Ya Allah.


Comments

  1. salam su, sy pun tgk jugak masa ust cite tentang Maghribi tu.. huhu rindu nak gi wat umrah :'(

    ReplyDelete
  2. Umarlelisda Jeremy Hearshman Here
    orciocremic

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts