Di sebalik "Data Collection".






1..2..3! Klik! Yi Yi menekan punat kameranya.
“Yei... Kakak, nanti masuk surat khabar eh?? Yei!. Kegembiraan terpancar di wajah pelajar-pelajar yang menjadi subjek kajian kakak-kakak muda dari USM. Ceria, walaupun mungkin ada yg tak faham apa yg kami buat. Sudah lebih kurang 5 buah sekolah yang dilawati untuk tujuan pengumpulan data bagi kajian malpemakanan di kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah di sekitar Bachok. Selain aku, Fiona, Annur,K.Frack, Zahida dan Mitra pun turut serta membantu kajian master Yi Yi yang memerlukan kurang lebih 400 orang subjek.



Ingatan Diet 24 jam..
Student Diet lebih biasa sebut “Diet Recall”. Interview yang mengambil masa lebih kurang 10 – 15 minit (bergantung kepada keupayaan pelajar utk mengingat) ini tak terlalu susah. Datanya tak “complicated”, tapi darinya pelbagai interpretasi boleh dibuat. Corak pemakanan, rutin harian, sosioekonomi, dan lain-lain sedikit sebanyak dapat dinilai. Antara dialog yang paling biasa terjadi…

Saya : Waktu rehat kelmarin adik make gapo?
Pelajar: Kepok (keropok lekor).
Saya : Brapo keping kepok?
Pelajar: Emm…Limo (sambil jarinya mengira-ngira)
Saya : Ado beli nasi ? Mee ko, kuih ko?
Pelajar: (geleng kepala je)
Saya : Air adik beli air gapo?
Pelajar: Air oreng.
Saya : Go brapo air ni?
Pelajar: Hok dale supik, 30 sen.
Saya : Ada beli gapo-gapo lagi masa rehat ni?
Pelajar: Make cak-kelak (coklat @ gula-gula)…

Hasil dapatan kami selepas pergi ke beberapa buah sekolah menunjukkan corak pemakanan yang hampir sama di kalangan ramai pelajar. Dan sejumlah besar pelajar-pelajar ini menerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT), yang menyediakan sarapan pagi percuma. Maknanya, ramai ibubapa pelajar-pelajar ini mempunyai pendapat yang rendah.

KASIH IBU AYAH
Menurut Yi Yi, memang ramai keluarga di sini termasuk dalam kategori kemiskinan tegar. Di mana pendatan lebih kurang RM400- 500 ke bawah. Ramai pelajar yg terlibat dalam kajian ini bersaiz kecil daripada saiz budak2 yang sebaya mereka yg biasa aku tengok dalam kalangan keluarga dan jiran-jiranku. Tetapi, walaupun pendapatan mak ayah tak seberapa, anak-anak tak pernah dibiar kelaparan. Mak ayah tak makan tak mengapa, asal anak-anak dapat makan, dapat sekolah. Tak kurang juga kes-kes yang mak ayah underweight, tapi anak-anak obese. Kenapa jadi begini?

Dominasi Makanan RIngan.
Tidak ada pelajar yang tidak suka makanan ringan, baik ‘cekedis’, keropok, mi segera, air berkarbonat, cordial, gula-gula dan sebagainya. Dengan harga yang murah, mudah didapati, “convenience” utk dibawa makan ke mana-mana, sudah pasti makanan ringan ini menjadi pilihan pelajar-pelajar sekolah, bahkan menggantikan makanan berat pada waktu makan utama, seperti waktu tengahari terutamanya jika ada kelas fardhu ain pada waktu petang.

Komposisi kandungan makanan ringan ini sebahagian besarnya ialah karbohidrat dan lemak. Manakala kandungan protein dan serat adalah relatifnya rendah dari keperluan harian. Sebenarnya, kombinasi karbohidrat sebagai sumber tenaga utama (paling kurang 50%), bersama protein dan serat ini memberi rasa kenyang kepada kita. Tetapi, kalau dah pengambilan protein & serat amat kurang, maka lemak dan karbohidrat dalam makanan ringan inilah dimakan dengan berlebihan sampailah mereka rasa kenyang. Jadi jangan terkejut kalau ada yang jadi gemuk makan makanan ringan ni je. Bahkan kandungan gula dalam air berkarbonat yang amat digemari pelajar-pelajar sekolah adalah sangat tinggi. Ni sah-sah risk factor utk kene Diabetes. Nak salahkan diorang pun tak boleh, memang kalau makan keropok atau cekedis baru 50 sen, tapi kalau nak makan nasi + lauk, paling murah pun RM 1.50.


Secara kasar,keropok lekor mendominasi pemakanan pelajar-pelajar pada waktu persekolahan. Agak kenyang, tapi kurang seimbang. Kombinasi tepung sagu, sedikit ikan dan minyak utk menggoreng, memang menyelerakan tambah2 lagi kalau masih panas. 90% Karbohidrat & lemak, 10% lagi baki protein dan moisture. Vitamin? Serat? Tu tak evaluate lg kandungan garam & MSG, pewarna tiruan, perasa, pengawet dalam cekedis & so-called M.E.G.I .. Tak payah la argue.. memang nutritionally unhealthy..

KESEMPATAN DAKWAH.

Jika ada peluang, sempat juga kuselitkan nasihat untuk adik-adik ini, agar menjaga solat dan menghormati ibu bapa. Sentiasa rajin belajar supaya suatu hari nanti berjaya dan dapat membalas jasa mak ayah. Selalu berdoa dan belajar buat solat-solat sunat, insyaAllah akan berjaya kelak.
Tapi yg kene dakwah dengan “tangan” pun ada. “PIAPPP!!!” Pukulan tangan ‘Cikgu USM’ ni hinggap ke lengan dua tiga orang pelajar lelaki yang degil, yang tak segan silu mengacau yang perempuan, yg cuba untuk sorokkan barang2 yg diguna utl diet recall interview. Huhu, ni kes pukul anak orang ni.. tapi memang diorang nak kene bagi ajar sikit. Tak apa, diorang sendiri cakap tak sakit pun.. “Sedak jah keno tey ko cikgu, hahaha!!” gelak budak-budak ni.

POST-MOTERM dan IKTIBAR…

Nak handle budak-budak sekolah rendah bukan semuanya mudah. Kalau kelas cemerlang memang tiada masalah, tapi kalau kelas yang belakang2 sikit, memang kene banyak bersabar. Yang degil dan nakal memang menguji kesabaran, tak kurang juga yg tahap IQ yg amat rendah. Kadang-kadang sedih juga. Dah darjah 4, masih tergagap-gagap membaca, mengeja. Tulis nombor pun terbalik.

Lihatlah dunia.. One side of our world you can see children here and there grow up with modern and sophisticated gadgets, and in the same small country, but in another side, you will see this less fortunate children. Sape yang boleh baca entry kali ni dari awal sampai habis, bersyukurlah anda ditakdirkan utk lahir menjadi org berilmu. Lihat sahaja adik2 kita ni.. di mana masa depan mereka nanti???

***

Kalau anak-anak kakitangan kerajaan tu aku tak risau sangat. Hidup mereka pun nampak lebih secure, berbanding anak2 buruh, anak2 nelayan dan anak2 petani. Sepanjang hari berfikir, ada tak cara mereka ini boleh dibantu? Aku bukan sahaja maksudkan dari cukup zat makanan (malnourished) ke tak.. tapi tanpa ilmu, diorang tak mungkin dapat besaing dalam dunia hari ini, bahkan mungkin akan ditindas lagi.. Yang miskin tak mampu sediakan pendidikan yg mencukupi utk anak2, dan tanpa ilmu, anak-anak ini akan terus miskin.. That is the cycle of poverty.

So, what do u think?

Comments

  1. Dear Su, glad to hear that u've engaged in the field that you have passion in. Keep up the good work!

    Sr. Fathin

    ReplyDelete
  2. Waa, sister baca blog saya.. TQ2. Doakan saya ye sister =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts