Entry Terima Kasih

"I just could help.. but i didn't.." mata Mak Ngah (bukan nama sebenar) beralih pandangan, melontarkan pandangan ke luar pintu sana. "So this time will not repeat the mistake again..".

Sepertinya nada sesal. Aku sendiri tak pasti bagaimana perasaan Mak Ngah sejak aku melepaskan peluang menyambung pelajaran dalam bidang perubatan beberapa tahun sudah.

Al-kisahnya... dulu, I was expected to do Medicine selepas mendapat keputusan SPM yg baik, walaubagaimanupun terpaksa akur dengan persaingan di IPTA. Keluarga kemudian cuba untuk memikirkan alternatif lain- IPTS. Mak Ngah sendiri telah berkorban sejumlah wang ringgit yang agak besar utk perbelanjaan pengajian anaknya ke Cyberjaya dl bidang perubatan. Dia juga mahu aku turut serta. Tapi aku..

Suatu hari papa cakap, "Kalau su nak buat Medic (di IPTS), papa ada tanah, boleh jual..". "Sampai kene jual tanah ke??" Aku ketika itu masih mentah, takut nak buat keputusan, akhirnya aku pilih tak mahu menyusahkan siapa-siapa dan teruskan pengajian aku dalam bidang sains kesihatan di UIA. "Tak jadi doktor pun takpe la.." kataku pada diri sendiri.

Beberapa tahun kemudian..

Aku dah grad, tapi belum dapat kerja tetap lagi. Private hospital kt Kelantan kecil je dan tak hire dietitian. Kalau luar kelantan tu ada, tapi memandangkan orang tua yang semakin uzur, dan tiada siapa lagi kat rumah utk teman mama papa, aku tak apply pun mana2 kerja tu. SPA pula macam tak nak panggil interview budak-budak Dietetik pantai timur je.. apa sebab pun tak tahu. (Dah dua batch budak pantai timur tak dipanggil temuduga..). Aku terasa seperti ada dikalangan makcik2 aku yang agak terkilan sebab kalau aku ikut cakap diorang dulu untuk buat medic, kerjaya tu dah terjamin. Takde la menganggur macam ni. Dan papa turut dipersalahkan kerana dikatakan "Kedekut" utk invest supaya anak ni bole buat Medic. Hmmm.. maafkan kami makcik-makcik semua, kami ni dulu x pandai, tak tahu apa nak buat, tak tahu ada pinjaman MARA, scholarship, JPA, YAKIN etc.. Aku cuma tak nak papa jual tanah dia.. Sebab tu aku tak bersungguh utk pergi IPTS.

Ini bukan cerita negatif dalam keluarga aku, tapi sebaliknya aku nak gambarkan rasa bersyukur dan terharu atas keperihatinan dan kasih sayang makcik pakcik aku. Kasih ibu bapa memang tiada tandingan, tapi mungkin ramai lagi tak sedar, adik beradik mak ayah kita pun anggap kita macam anak-anak mereka sendiri. Terima kasih makcik pakcik. Semoga Allah merahmati kalian.

Mak Ngah sekali lagi memandang aku..
Dia tahu lepas ni aku ada plan nak sambung Master di USM, paling awal pun mungkin lepas tempoh RA utk projek Wellness Prof Wan Manan, PPSK ni taman bulan 3 2011. Tapi belum ada final desicion.
"Kalau su nak further master, su kene berani. Apple saje, jangan risau pasal financial aids. Kita boleh cari mana-mana nak dapat loan/fellowship/scholar kat mana-mana, kalau lambat dapat, makcik-makcik ni insyaAllah boleh bantu."

Ini bicara seorang ibu saudara yang sangat menekankan kepentingan menuntut ilmu sehingga peringkat yg paling tinggi. Aku sangat menghargainya. Post ini adalah sebagai tanda terima kasih kepada makcik pakcik aku, especially keluarga Allahyarham Hj Ishak & Allahyarhamah Hjh Fatimah Hussin. JazakAllahu khairan kathira.





Ada masa terbit rasa kesal sbb tak buat medic, tapi sekarang aku bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Kerja sebagai Research Assisstant kt PPSK USM ni, walaupun gaji rate SPM je, tapi teramatlah sesuai dengan keadaan aku sekarang. Allah Maha Mengetahui, Maha Kaya, Maha Pengasih. Alhamdulillah, aku tak perlu tinggalkan mama papa,boleh jimat duit rumah & makan (^^>), bole jogging petang2 before balik rumah, boleh kenal ramai warga USM dan aim mana-mana lecturer utk further study. Subhanallah. Ini entry syukur, ini entry terima kasih.. Dan terima kasih yg hakiki itu hanyalah layak kepada Allah s.w.t.. =). Kerana Dia aku di sini.

Comments

  1. Su sayang. Syukur tak terhingga dikurniakan nikmat family penuh kasih syg. Alhamdulillah. Terharu kan dengan keprihatinan makcik pakcik? sob2..

    Syukur yg teramat kpd Allah selama-lamanya.. Samelaa mase Ayat mude2 dulu. memang nak buat medic. sbb dpt tolong orang & pesakit selalu 'ikut' apa yg Dr cakap. Mase tu ayat fikir nak carik kerja yg dapat wat dakwah efektif (involve communication with public people). Tapi Allah dah takdirkan sebaliknya. Yang InsyaAllah peluang da'wah itu sgt terbuka luas jugak sbg dietitian nih. (^_^) and involve A LOT of talking with patients. Alhamdulillah..

    Su, smoga tabah. Ujian itu tanda kasih sayang-Nya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts