Updating Self

Dah lama sangat tak menulis. Ada idea tapi tak rajin nak utarakan. Sejak kebelakangan ni, saya tak suka menulis tentang diri sendiri. Rasa macam syok sendiri je bila tulis pasal diri kita, padahal orang bukan berminat pun nak baca. Tak ubah macam tulis diari tapi nak suruh orang baca..

Lalu pada suatu hari saya terbacalah satu blog ni.. Pada pandangan beliau, apa yang dia tulis dalam blog tentang kehidupan beliau tu,bukanlah nak suruh orang baca sangat. But it more to keep something to remember again when time passess. Dengan kata lain, kita menulis agar suatu hari nanti kita boleh baca balik apa yg kita pernah lalui, susah atau senang, suka atau duka.. dan bagaimana kita 'cope' dengan apa yg berlaku. Bukan semua pengalaman yg kita lalui kita boleh ingat.. dan bila terbaca balik apa yang kita pernah tulis dulu, kita pun tak sangka kita mampu merungkap rasa menjadi suatu susunan dan baris-baris ayat yg mengingatkan kita kembali babak-babak kehidupan yg pernah kita lalui...




Kisah saya..

Mungkin suatu hari nanti saya akan baca balik apa yang saya tulis ni.

Sejak kerja jadi RA di kampus kesihatan USM, hidup sedikit tenang dan berada dala zon selesa. Then kebosanan mula melanda. Rasa macam nak cari kerja yg lebih "hakiki".. tapi bila mengenangkan kedua orang tua saya terutamanya papa yg semakin uzur, semua iklan2 "dietitian vacancy" saya hilangkan dari ingatan, sebab semua kekosongan adalah di luar kelantan..

Saya tak mampu hulurkan duit macam org lain bagi pada parents diorang, so at least biarlah saya sumbang jasad dan tenaga saya di rumah supaya dapat memenuhi keperluan mereka..

xxx

Nanti dah habis projek dengan Prof W. Manan bulan 6 ni, saya tekad nak sambung master, walaupun saya tahu mama prefer saya kerja dulu. Tapi tak tahu macam mana nak explain kt mama,kt kelantan ni takde kerja utk saya. Biar saya further study dulu. Yurannya nanti biarlah saya korek dari simpanan Tabung Haji saya tu.. Harap doa dari semua..

Mencari rezeki tambahan.




Saya pernah jual kuih raya. Alhamdulillah rezeki ada di situ. Tapi rasa bersalah juga sbb diet student jual kuih raya yg high fat high sugar tu. Huhu.
Sejak dua tiga minggu lalu saya ambil upah analyze data seorang student PhD. Kdh tidur sampai pukul 4 pagi... Semata-mata nak siapkan data analisis. Saya cba bekerja dalam kapasiti yg ada. Netbook yg kecik & menyakitkan mata kadang2, meja jepun dan sekampit tenaga yg berbaki selepas balik pada jam 7 petang setiap hari bekerja...

Rindu Tarbiyyah..



Bukan mudah nak istiqamah utk terus perjuangkan Islam. Suasana tempat kerja jauh berbeza dgn tempat kita belajar. Kadang2 kita hanyut sama. Saya rindu dengan sahabat2 satu matlamat di UIA dulu. Kami sama2 ditarbiyyah utk mengentalkan hati sebagai pendokong dakwah dan rantaian dari sekian panjang rantaian para dai'e yg meneruskan perjuangan Rasul tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah, kini saya bersama "Amal Medik" kelantan. Mungkin lepas ni kene lebih agresif mencari usrah.

Doaku pada Rabb..





Ya Allah, tabahkan hatiku pada setiap jalan yg Engkau tetapkan utk aku. Tetapkan hatiku pada landasanMu.. Suburkan cintaku pada Nabi s.a.w dan pada kitab agung al-Quran. Berilah hidayahMu, dan bersihkan hatiku agar sentiasa mengerti petunjuk dariMu, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pembimbing. Amin.

Comments

  1. teruskan menulis... semakin byk yg ditulis, smkin byk yg boleh dikongsi..

    Semoga berjaya dengan cita-cita.. =)

    ReplyDelete
  2. Wah! tak sangka ada comment. Thank u Ramadan! All the best utk anda juge =)

    ReplyDelete
  3. Su dearie,
    Rs nk nangis bc post ni..same with me, pasca graduasi yg sgt menggugah namun Allah itu Maha Penyayang, dlm ruang waktu yg amat terbatas, dpt jg bertemu kembali dgn shbt2 wpun skjp sgt. Su, mahu jg jmp Su, insya-Allah..
    Su jg dr eh, bnyk pahala Su jg mama papa kt rumah. Nabi pun akn menyuruh shbtnya awlakan walidain drpd pergi berjihad jika walidain mrk dlm keadaan yg uzur.
    Terus jd anak yg solehah shbt =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts