Langit Jakarta & Laskar Pelangi
22-25 Feb yang lalu, hamba Allah ini diberi peluang menjejakkan kaki di Kota Jakarta. Tiada kata selayaknya diucapkan melainkan Alhamdulillah. Di samping tugasan pseudo-rasmi, kami mengatur agenda untuk travelog kali ini. Travelog Jakarta ini lebih suka saya ceritakan tentang hidup hiruk pikuk masyarakat di sini pada lensa saya.
Kota Jakarta pada lensa saya...
Pemandangan dari atas Pesawat pada sore 22 Feb, kupandang atas, langit Jakarta begitu mendung. Sepertinya tidak ceria je saya datang.. huhu. Di bawah sana, beberapa minit sebelum mendarat.. pemandangannya tidak jauh beza Jakarta ini seperti Kuala Lumpur.. begitu padat dengan bangunan. Namun Jakarta lebih jelas banyak pokok. Sedikit demografi tentang Jakarta, kepadatan penduduk kurang lebih 14ribu orang per km persegi menjadikan jumlah penduduknya lebih 10 juta orang, 10 kali ganda kepadatan penghuni Kuala Lumpur. Terbahagi kdp Jakarta Pusat, Timur, Barat Utara, Selatan dan juga Kepulauan Seribu. Oleh sebab kepadatan Jakarta agak "mampat minta ampun", tengok apa yang saya jumpa....
GENRE: Generasi Berencana, 2 Anak Lebih Baik... Indonesia menggalakkan perancangan keluarga, 2 anak lebih baik supaya kualiti keluarga lebih terjaga... Sejauh mana dipraktikkan, saya pun kurang pasti. Mungkin nanti saya boleh tanyakan pada sahabat2 dari Indonesia.
Kami menginap di hotel yg tertera di internet sbg 3 bintang, tp bila melihat keadaan hotel tersebut, mungkin bintangnya bersaiz XS (extra small).. tp cukupla utk perjalanan budget. Di Thamrin Residence, anda boleh pilih untuk menginap di bilik hotel yg lebih mahal, atau di Condotel yang murah sedikit. View takde lah cantik sangat, tapi kat bawah ada kemudahan seperti kedai runcit, kedai makan dan ATM. Hanya 5 minit perjalanan ke Thamrin City, mall membeli belah di Jakarta Pusat, 10 minit dari Grand Indonesia dan Plaza Indonesia, di mana orang-orang yg lebih berada menglirkan wang mereka..
Bahasa dan Percakapan..
Kita semua pasti boleh membezakannya... bahkan pengikut-pengikut setia Sinetron Indonesia, dan peminat-peminat tegar Habiburrahman el -Shizary, atau Andrea Hirata atau Oki Setiana Dewi, pasti mampu betutur kaya orang-orang Indonesia. Saya juga suka dengar tutur bahasa mereka. Secara jujur, bicara mereka lembut dan penuh hormat. Orang kata, orang-orang Bandung lagi lemah lembut.. saya kurang pasti kerana belum sampai ke sana.
Trafik Yang Sesak dan Pemandu yang Cekap.
Ya, benar-benar sesak. Atau disebut dalam bahasa Indonesianya sebagai "macet". Jam! Menurut Pak Supir, jakarta Pusat memang sangat macet, terutama pada waktu-waktu puncak seperti waktu masuk dan pulang kerja. Orang-orang goverment pulang seawal jam 5, "Macet!", dan orang-orang swasta ramai pulang jam 7 atau 8 malam. "Waduh, macet kembali".
Sistem Pengangkutan Awam..
Bajai |
Bas, Taksi (Teksi), Bajai dan Ojek. Sistem pengangkutan awan di sini pelbagai, dari semurah-murah Ojek (motorsikal yg disewa tumpang, sebajet-bajet Busway dan Bajai hinggalah taksi-taksi bermeter, menjadi nadi perjalanan masyarat kota Jakarta. Sistem bas awam dalam bandar sangat menarik perhatian saya. Ianya seperti "LRT" di Malaysia, tapi menggunakan bas, bukan "train". Ada pro dan kontra. Yang baiknya ia lagi jimat dari segi pembinaan infrastruktur bangunan LRT, tp untk jangka masa panjang, LRT di Malaysia kurang "space consuming" kerana train-train kita berjalan di atas kepala anda.
Busway! TransJakarta~ |
Tempat-tempat untuk dilawati di Jakarta:
Secara ringkasnya, saya kategorikan tempat-tempat menarik ini kepada 2 kategori:
1: ShOPPING!
- Pasar Tanah Abang:
sangat besar, luas dan tinggi. Saya kepenatan selepas tersesat sehingga lupa ambil gambar di sana. Saya tak recommend utk anda yang ada anak-anak kecil yang hyperaktif, suka lari ke sana ke mari.. unless anda boleh "tambat" anak-anak pada pinggang. Di sini banyak jual pakaian, tp saya tak banyak shopping sbb pakaian Indonesia tak kene gaya saya yang simple. Sangat murah kalau beli borong.
- Plaza Indonesia, Grand Indonesia dan Thamrin City.
Lebi kurang macam kita punya Mid Valley atau Pavillion. Tapi yang paling saya suka ialah Gramedia, kedai buku yang sangat besar. 3 hari berturut-turut saya shopping buku. Thamrin City macam supermarket biasa je, tapi not bad sbb ada juga jual pakaian macam di Tanah Abang, cuma tak sebesar Tanah Abang.
Grand Indonesia, Shopping complex yg mewah.. kami jamu mata dan bakar kalori dgn berjalan. Duit.. simpan dulu, sini bukan tempat shopping. |
- Sarinah
Kompleks Perniagaan Batik. Batik Indonesia yang eksklusif banyak dijual di sini. Baranga kraft pun ada. Tapi cuma orang "berduit" je yang shop di sini. Kami jamu mata je la.. Kata bos, dulu Obama suka shopping kt sini.
-Glodok
Pusat jualan & service barangan elektrik dan elektronik yang sangatlah besar tak terjangka..
2. Kawasan pelancongan
-Tugu Monas (Monemen Nasional). Anda boleh masuk ke dalam menarannya untuk melihat pemandangan Jakarta dari aras tinggi. Macam KL Tower la lebih kurang, tapi tak tinggi sangat.- Taman Mini Indah..
-taman rekreasi dalam kota, terletak agak jauh. Kalau jalan takde traffic jam, dari jakarta pusat paling cepat pun 30 minit baru sampai.
- Seaworld.. sangat nak pergi, tapi malangnya kesuntukan waktu.
MAKANAN..
Oleh sebab saya sedang test self-created "Weight Loss" program, saya tak berminat untuk menceritakan tentang makanan di Jakarta. Tapi mungkin keywords berikut dapat membantu "food lovers" jika nak cari makan di sana. Antaranya apokad, bakso mee, nasi padang.
Bakso.. |
Tetralogi Laskar Pelangi dan Saya.
Ini lebih bersifat cerita peribadi. Saya begitu mabuk dengan karya-karya Andrea Hirata, yang suka menggambarkan dirinya sebagai novelist dan backpacker Indonesia. Walaupun orang lain sudah lama hadam, saya tak malu mengaku yang saya baru saja selesai membaca 3 siri novel dari tetralogi Laskar Pelangi, termasuk juga Sang Pemimpi dan Edensor. Petang ini baru je dapat mesej dari sahabat tercinta Hafizah Yaakub, beliau berjaya dapatkan buku keempat.. Maryamah Karpov.
Ringkasnya, novel Andrea sudah lama menyuntik keberanian dalam diri ramai orang dalam dunia.. Berani untuk bermimpi, berani bercita-cita dan meraih cita-cita. Saya entah orang ke berapa puluh ribu, atau sangat tak keterlaluan saya kata mungkin sudah berjuta orang menjadikan Laskar Pelangi sbg satu sisi penting dari banyak rentetetan peristiwa hidup masing-masing. Saya begitu juga. Terlalu panjang utk diceritakan apa kesan Laskar Pelangi padaku, insyaAllah suatu hari nanti akan saya tulis entry khas utk Laskar Pelangi.
Takde motif pun letak jam kat situ.. |
Comments
Post a Comment