Mama, I Love You~

Mama

Matahari hari ini terang sekali
Memancar ceria seolah-olah takkan pernah malam lagi
Kerana dia juga turut meraikannya
Bersama mama-mama seluruh dunia

Mama
Lihat warna awan putih itu
Putih bersihnya sesuci hatimu
Senyuman awan persis senyumanmu
Yang menghalau segala resah gelisah
Yang buat hatiku bahagia selalu

Mama
Tadi angin senja menyapa
Menghelus lembut pipiku, selembut tanganmu
Sambil berbisik-bisik malu
Katanya sungguh cantik ibumu
Benarkan kataku?

Mama
Sewaktu kuberjalan di taman
Bunga-bunga daffodil ketawa riang
Bercanda, ketawa, meliuk lintuk girang
Dipanggil aku mendekat..
Lalu mereka berkata
"Petiklah aku, hadiahkan pada ibumu
dan ucapkan I love you!

Mama, selamat hari ibu, I endlessly love you~





Comments

Popular Posts