Entry melalui applikasi Blogger

1 April 2017.

No April fool, and never will be.
.
.
Sy tak pernah berhenti menulis. Tapi semua post sy selepas post terakhir yg anda boleh baca.. berada dlm status draft. Sama ada sbb sy tak siapkan sepenuhnya, atau sbb entri2 ini terlalu emotional sampai sy rasa lebih baik disimpan utk saya seorang sahaja.
.
.
Yang berlalu saya biarkan berlalu. Kita hidup utk hari ini dan masa depan.
.
Hari ini sy masih ada seorang ibu yg tidak pernah berhenti berfikir tentang anak cucunya. Diuji macam2 ujian tp tak pernah menangis, atau mungkin tak pernah menangis depan anak2nya.
Pemergian papa 2 tahun lalu membuat hidupnya begitu sunyi.
.
Hari ini sy masih ada seorang kakak dan adik perempuan yg sentiasa beri sokongan utk diri sy apa juga sy buat. Sy ada anak2 saudara yg comel dan sentiasa membuat sy gembira dgn keleteh mereka.
.
Hari ini alhamdulillah, Allah izinkan sy berteman, menjalani hidup berumah tangga. Setakat 2 tahun ni.. sy belajar menerima kelebihan dan kekurangan masing2... tak nak komen lebih. Baru 2 tahun. Semoga Allah pelihara.
.
.
Salam Asar.. nukilan testing 1 2 3 dr smartphone dgn menggunakan aplikasi blogger di android.
.
Siti
JCH. Kota Bharu.

Comments

Post a Comment

Popular Posts