Pagi di Kuala Terengganu

Jam hampir pukul 8 pagi.. langit belum benar2 cerah. Penuh awan-awan bunting. Kali pertama saya menulis dari beranda rumah sewa kami di Kg Seberang Bukit Tumbuh, Kuala Terengganu. Kawasan yg tenang, sedikit terselindung dari kesibukan bandar.

Tinggal 2 minggu shj lagi sebelum berpindah. Alan akan mula bekerja di Kuala Lumpur. Saya akan balik ke Kota Bharu dahulu menyiapkan tesis. Alan akan tumpang rumah kawan dia sebulan dua.. jadi sempatlah kumpul duit sikit utk bayar deposit rumah sewa di KL nanti. Mungkin lepas raya kot sy ikut Alan tinggal di KL.. atau Selangor. Tak tahu lagi.

Sebelum berpindah saya ajak alan utk pergi ke semua tempat yg jadi kenangan kami berdua di sini. Tempat paling saya  suka, Pulau Warisan. Tepi sungai. Allah je tahu betapa saya tersangat suka dengan sungai dan tasik. Bahkan saya mengimpikan utk tinggal di kaki bukit yang ada sungai mengalir gembira...  Alah, mimpi tu kan percuma.

Kuala Terengganu ni.. tak susah buat org jatuh cinta. Ada suatu mcm ketenangan. Ok, mungkin sbb sy suka sungai kot.. tiap2 hari boleh tengok sungai kalau nak. Kalau dengar orang2 Ganung bercakap.. dialek dia macam tak jauh dr Klate.. tp banyak beza sebenarnya.. bukan setakat berbeza dari sebutan Make Makan Makang.. tapi naik turun tone, penggunaan perkataan dan kata short form yg agak dominant tu membezakan dialek Klate dan Ganung. Tengok ayat kat bawah.

K: Anok sapo duk tepi tembok nuh?
T: Anok piye duk pi jalang nung?

K: Make doh ko?
T: Makang dok agi?

K: Mu wak gapo male-male sini nih?
T:Mu watnape mamalang ning?

K: Ike gapo ni mokcik?
T: Ikang mende ni cik?

Hehe. Ini cuma sebahagian. Banyak lagi yg tak sempat belajar. Sekian sedikit perkongsian pagi ini.

(P/s: gambar ayam makan beras ambil dari atas beranda)

Siti
Kg Seberang Bkt Tumboh
Kuala Tganung

Comments

Popular Posts