27th Jan 09

Selamat sampai ke UIA.. Alhamdulillah..

Terasa segan pulak terpaksa menyendatkan kereta k.Lala yang sudah ada 3 orang penumpang yang lain. Perjalanan petang tadi.. macam biasa.. mendung skit, kejap2 hujan.. dan aku memang banyak berdiam.

Tak lama.. lagu “bila rindu” dimainkan di corong Hot FM. Itu lagu tema kat matripj dulu.. masa aku satu bilik dengan wani.. lepas ditinggalkan achik n kwan2 lain. Huhu. Terbayang suasana pergi ke pasar malam dengan diorang.. masih teringat achik yang suka makan Yong Tau fu dan char kuew teow.. dan aku.. gemarkan popia basah..

Lepas lab bio, tak terus balik bilik.. sebab malas nak naik. (Walaupun duk tingkat 5, aku prefer guna tangga.. tabah gila…) . Berkumpul di lobi KC, menatap bilik mak guard yang kosong sambil tunggu orang lain. Kalau malas tunggu, kami bertiga je yang pergi.. aku, wani dan achik.

Kalau hujan.. memang malas bawak payung. Kitorang lari dalam hujan… huhu. Tu pun kalau tak ramai brothers main bola..

Aku senyum sendiri..

Lagu belum habis lagi..

Terbayang wajah wani masa dia menyanyikan lagu tu..masa tu dia solo lagi. Hehe.
Em.. ape lagi?

Ha, yang takkan kulupa.. aku kantoi ngan wani.. mengelamun tepi tingkap.. sbb lagu tu la.. “haha, tak tau, su jiwang.. su jiwang..” terngiang-ngiang” usikan wani..

Kehidupan di matrik dulu.. walaupun berat kerana beberapa perkara.. tapi aku tenang. Terasa kuat tiap kali diuji. Tapi kenapa aku tak rasa benda yang sama di sini? Di kuantan ni lain…


Tinggalkan lagu tadi. Aku masih meneka-neka.. apa yang ada di matrik tapi tak ada di sini..? kenapa aku tak rasa sekuat dulu?

Kalau Islam.. yang bertulang belakangkan solat dapat menyelesaikan segala masalah hidup ini.. adakah ini bererti solat ku tak sempurna? Semoga Allah terus beri petunjuk pada aku.

Comments

Popular Posts