blood test

Beberapa hari yang lalu….

Aku bebas rheumatoid….. Itulah kata-kata yang tertutur setelah aku meniggalkan bilik 4 Klinik Pakar orthopedic HUSM. Walaupun aku tak puas hati kerana result ANA blood test tak dijumpai… tapi aku tahu yang aku tak mewarisi rheumatoid arthritis seperti mama. Sekurang-kurangnya tidak untuk waktu sekarang..

Cabaran baru akan bermula.. kepalaku tak henti-henti berfikir bagaimana untuk membahagikan komitment antara student diet yang dah masuk 3rd yr dan ada komunti placement kat poliklinik beserah tambah dengan therapeutic diet yang menakutkan, mentor untuk group faci team, dan naqibah halaqah yang menjadi sebahagian dari keluarga nuqaba’ council. Memang tak banyak.. tapi aku tak biasa.. dengan appopinment hospital yang membuatkan aku terpaksa berulang-alik dari kuantan ke kb.. banyak nanti yang aku tertinggal.. Mujurlah appointment OTO lagi 3 bulan, hopefully tak perlu gi buat physiotherapy. Appoinment SOPD lagi 2 minggu.. balik lagi…

Aku kene kuat.. memang kene kuat.. macam kak AC cakap, kena jantankan emosi..

Tapi…

Aku takut..

Aku masih bersembunyi di sebalik riak wajah yang confident.. tapi dalam hati..

Inferior..

Fasa fluctuation graf kehidupan yang bakal merudum kalau aku terus menipu diri sendiri..


Teringat kata-kata Safwan.. “Kalau niat kita tak betul.. dah lama kita tersingkir dari perjuangan. Tapi bila niat kita dah betul.. kita (tetap juga) diuji.. dengan rasa keseorangan..”

Walaupun ada ramai orang kat sekeliling kita.. takde siapa pun tahu apa dalam hati kita.. dan kadang-kadang.. ada benda yang kita memang tak boleh nak share dengan orang.. sebab hanya kita yang rasa apa yang kita rasa.


Takpe la, aku yakin ada ramai lagi orang yang rasa macam tu..

Comments

Popular Posts