3 Jan 09

3 Jan 09.

Hari tu langit masih suram.. Sudah beberapa hari aku tak dapat merasai kehangatan suria pagi ke muka. Hujan lebat membuatkan aku berlari-lari untuk segera masuk ke dalam bangunan KOM yang sunyi itu. Hala aku hanya satu. Level 5.. yang menjadi sebahagian daripada hidupku di kampus ini…

Dalam keadaan seorang diri di dalam bilik kecil.. hujung sebuah bangunan... Aku tak mampu menyeka air mata dari tumpah… Pedih, tapi aku tahan juga..

Terasa ingin menghentikan kesakitan yang aku tanggung.. tapi itu satu perjanjian yang aku tak boleh ingkari lagi..

Air mata aku mengalir lagi buat kesekian kalinya.. ini kali ketiga.. dan aku harap yang terakhir..

“Ok, dah lima minit.. strip kanan dah penuh, kiri 27…”

Kak Nurul yang baru sahaja meluru masuk ke dalam bilik praktikal student Opto terus mencabut strip yang digunakan untuk mengukur jumlah air mata aku dalam masa lima minit. 3 kali bacaan yang diambil sudah cukup buat aku rasa tak nak jadi subject dalam study diorang lagi. Hehe. Tinggal satu test saje lagi.. semuanya selesai. Fungsi aku hanyalah sebagai subjek control group bagi study berkaitan contact lens yang dijalankan oleh K. Nurul dan K.Azimah.

Sebelum pulang, K.Nurul menghulurkan air kotak sebagai tanda penghargaan.

Masa untuk pulang.. Aku dan K.Dila melangkah perlahan mencari “Cik Puteh NAL2337”.

Artikel ini agak poyo, tapi aku published as a dedication buat K.Nurul, final year Optometry.. seorang yang sangat komited dalam apa sahaja yang dilakukannya. All the best for your final study.. Semoga sukses dunia dan akhirat.

p/s. Buat semua senior final year yang aku kenali, doa dari hati yang ikhlas ini, semoga kalian berjaya mengharungi langkah-langkah terakhir sebelum meninggalkan kami.. Rahmat Allah akan sentiasa mengiringi usaha kalian untuk agama dan ummah kita. Ameen.

Comments

Popular Posts