Monday, January 26, 2009

cuti raya cina


Perjalanan kami bermula agak lewat petang itu.. mujurlah aku dapat tumpang k.Lala untuk ke KL.. dapat juga bertemu anak buah kesayangan...

Disepanjang perjalanan yang melewati bukit bukau yang masih menghijau.. ladang2 getah yang terkandung seribu satu kisah jerit perih pekebun tua.. dan di atas sana langit tinggi yang membiru.. aku cuba kosongkan fikiran.. tapi tak mungkin kot..

sekurang-kurangnya inilah waktu untuk aku berfikir tentang diri sendiri.. ape yang aku dah buat sepanjang sem ni.. apa yang aku dah dapat.. apa lagi kene buat.. hmm, ternyata yang belum selesai itu lebih banyak dari yang dah dicapai... dan ternyata kewajiban itu lebih banyak dari waktu..

Setibanya di KL Sentral, jam 9 mlm, aku singgah ke kedai roti.. just cari sesuatu untuk alas perut yg sedia kosong dari pukul 11 pagi tadi. sebelum tu alu melintasi restoran makannan segera yang penuh kontroversi dari dlu.. tapi masih gah menjalankan perniagaan.. masih gah dengan sokongan mereka yang kurang sensitiviti.. Mc Donald melambai2 pelanggan yang lapar.. "lebih lapar" dari penduduk Palestine agaknya.. Restorannya penuh..

iniKah mereka yang tak faham erti bo0ikot israel..? ye la kot..

lebih kurang 9.30 mlm.. KLIA transit mula bergerak.. destinasi aku.. Putrajaya.. ingin bertemu Aqilah kesayangan.. esok birthday Nur Aqilah LIyana..

No comments:

Post a Comment