Cerita Tak Penting..

Burst into tears...

Saya tahu ni semua silap saya. Macam mana lagi saya boleh bagitau anda semua, setiap hari saya bangun tidur, diliputi perasaan bersalah dan terasa tiap-tiap hari ingin meminta maaf dari semua orang yang saya kenal. Tidak satu hari yg berlalu tanpa saya memendam kekesalan akibat kelemahan diri saya sendiri..

Banyak hak-hak insan lain yang saya tak dapat tunaikan.. dan hati saya tak pernah senang. Saya decide untuk mendiamkan diri seketika, di sebalik kecepatan dan meluasnya trend manusia masa kini yg semakin suka bercerita keadaan diri masing-masing.. FAcebook, tweeter.. bla, bla,bla.. Adakah ini dikira saya menjauhkan diri tatkala saya ingin berada di "safe side"? .

Saya tak lupa pada kawan-kawan yg pernah susah senang bersama, cuma kadang-kadang saya rasa rendah diri dengan kamu.. Segalanya mudah buat kamu.. Pekerjaan yg baik, jodoh yg dipermudah, dan masa depan yg sudah nampak jalan arahnya.. Saya tak pernah kesal dengan apa yang Allah berikan pada saya, malah saya yakin, apa yg saya ada ini adalah yg terbaik utk saya.. Tapi,saya tak mahu di"kesian"kan.. lalu dianggap seperti.. "Poor little Siti Suhaili".. dan kemudian saya jadi tak penting lagi buat kamu sbb saya bukan sesiapa yg setanding kamu..

Apa pun yg berlaku, saya harap Allah akan sentiasa dengan kamu.. Tiada kebaikan yg mampu saya beri pada kamu, melainkan semua dari Allah. Semoga segalanya dipermudahkan utk kamu..

Maaf.. Entry ini berunsur emosi.. dan cerita ini tak penting...

Comments

  1. buat suhaili yang dikasihi..
    hidup ini sememangnya bukan mudah.
    Ayat tak pasti apa yang suhaili lalui, tetapi, nampaknya seakan sukar..

    hakikatnya hidup ni ujian, yang senang tu ujian, yang susah tu ujian.. kehidupan sebenar adalah akhirat..

    justeru, jom kita buat apa yg Allah suruh,
    bukan buat apa yang kebanyakan manusia suruh..
    atau jalani kehidupan ini seperti kebanyakan manusia buat.

    jalan hidup ni bukan satu.. bermacam-macam.. dpt kerja, bertemu jodoh.. tu semua bukan tujuan hidup.. kecewalah kita andai itu adlh matlamat sedangkan itu semua adlh rezeki yg dah ditetapkan sejak azali.. hakikatnya semua tu cuma salah satu daripada cara2 utk menyampaikan kita pd redha Allah..bukan 'ultimate goal'

    Jadi, yang penting, jom kita sama2 jelaskan tujuan hidup kita.. untuk menggapai redha Allah, dlm segenap cara & kaedah..redha dengan ketentuan, berusaha sedaya mungkin

    Smoga Allah melimpahkan kesabaran buatmu sayang.. Allah test those He loves (^_^) *senyum*

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts