Walimah Sahabat Lama
Kisah hujung minggu.. 18 Dis 2010.
Antara segan & excited, saya akhirnya putuskan ikut mama ke kenduri rumah kawan lamanya.. Dalam hati tak sabar-sabar nak tengok pengantin perempuan. Anak Pn. Zainab & En. Taib yang baru bergelar isteri orang ini namanya Intan Nadia. Nama yang masih saya ingat sejak 18 tahun dahulu, tapi wajahnya saya ingat tak ingat. Macam tak percaya, saya lihat sepasang mempelai dikelilingi teman-teman sebaya, mesra bersama, ceria di hari perkahwinan mereka. Tahniah buat sahabatku yang dah lama tak jumpa.. Intan Nadia Taib & suaminya Khairul Anwar.
Kenangan 1992.. Tadika Perpaduan Jalan Bayam.
Beca roda tiga yang masih gah dikayuh penuh kudrat oleh Pak Mat. Saya dan Intan penumpangnya. Mungkin ada budak lain tapi saya tak ingat.
Kami tak ada gambar bersama zaman tadika dulu. Saya Cuma ada sekeping gambar graduasi Tadika, tu pun seorang diri. Tadika kecil itu tempat pertama saya menerima pembelajaran secara formal.
Cikgu Yam & Cikgu Lah.. saya tak tahu apa khabar mereka sekarang.. Andai kata saya masih ada peluang untuk ziarah mereka, saya mahu lakukannya hari ini, Tapi saya tak tahu mana nak cari. Dan Pak Mat, penarik beca itu, saya juga tak tahu di mana dia. Saya tak ingat pernah tak saya ucap terima kasih kepadanya kerana hantar dan ambil saya di tadika. Kalau tak pernah, saya amat menyesalinya. Kepada insan-insan yang ada ketika saya baru nak kenal dunia ini, semoga Allah sentiasa merahmati kalian.
Buat Intan Nadia & Khairul Anuar, “Barakallahu lakuma..”
Semoga berkekalan hingga ke syurga.. Keep in touch ye..
Gambar ni saya nak try edit biar nampak cam dicantum kembali, tapi nanti orang ingat mcm broken friendship pulak.. haha.. pape je la. Ukhwah fillah!

Comments
Post a Comment