Pisang, Kesusasteraan Melayu & Nutrisi
(Rentetan entry kek pisang tempoh hari..)
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Pisang emas dibawa belayar.. Kenapa pisang emas? Kenapa bukan jagung (favorite ilman) ? Betik (Favorite k.Iqa)? Tembikai (favorite iqbal)? Memanglah kata nama “pisang emas”itu sesuai jadi pembayang untuk “hutang emas”. Sebab lain yg anda boleh consider mungkin juga ini:
i. Pisang makanan yang mengenyangkan, sesuai jadi bekal belayar. Kalau dibandingkan dengan buah lain, makan pisang lebih kenyang. Masakan tidak, komposisi karbohidrat dalam pisang adalah lebih kurang 23 gram per 100 gram berbanding betik, tembikai, jambu batu. Malah, pisang juga mengandungi 0.3 gram serat diet dalam 100 gram buah secara purata.
ii. Pisang buah tahan lama, sebab tu pisang boleh dibawa gi belayar. Kalau dipetik pisang kulitnya masih kuning kehijauan, pisang nanti akan masak juga seperti masakknya sebiji pisang emas “di atas peti”. Kandungan enzim xxx membantu proses ini walaupun pisang sudah tidak berada di pohonnya lagi.
Pisang juga sinonim dengan garam mineral potassium. Potasium dalam tubuh manusia berperanan penting dalam koordinasi denyutan jantung, dan keseimbangan tekanan darah. Pesakit darah tinggi digalakkan utk mengambil makanan yang kaya dengan potassium, kerana ia dapat menimbal balas kesan garam sodium berlebihan yang menyebabkan tekan darah meningkat. Tapi berbeza pula bagi pesakit jantung, adalah tidak digalakkan untuk memakan terlalu banyak pisang supaya denyutan jantung tidak terganggu. Walau bagaimana pun, ini cuma pengetahuan asas. Pesakit perlu mendapatkan nasihat doktor atau sebaiknya dietitian, untuk memilih diet yang sesuai dengan tahap kesihatan masing-masing.
Satu lagi pepatah Melayu , Pisang tak berbuah dua kali, yang bermaksud sesuatu yang pernah terjadi, mustahil untuk berulang kembali.
Ada satu pepatah Arab yang maksudnya hampir sama dengan pepatah kita ini. Bunyinya begini
“ Orang beriman takkan jatuh dalam lubang yang sama”. Mungkin maksudnya, orang yang beriman yang pernah melakukan kesilapan, kemudian dia menyesal dan bertaubat, dia tidak mungkin akan terjerat dalam kesilapan yang sama lagi. Betul ke.. saya sendiri tidak buat kajian tentang pepatah Arab itu.
Pernah dengar kata-kata ini? ..Pisang setandan takkan semuanya busuk.. (Nanti jangan lupa tonton filem evegreen hitam putih Allahyarham P.Ramlee, Tiga Abdul. Part yang Khasidah gi cari suami dia (P.Ramlee) dekat kedai muzik tu..
Kalau kita tengok satu komuniti tu sikap mereka kurang menyenangkan, bersangka baiklah, mesti masih ada yang berhati baik, atau at least mahu berubah kepada kebaikan. Contohnya ada kumpulan remaja yang terikut-ikut dengan cara hidup moden dan metropolitan, kebanyakan masa sikap dan tingkah laku mereka mencemarkan imej ketimuran. Tapi mungkin sebenarnya mereka dahagakan bimbingan, tinggal lagi mereka tidak tahu bagaimana, dan siapa yang boleh membantu. Dan kita (termasuk saya la), apa yg sedang kita lakukan sekarang sedangkan di luar sana semakin ramai bayi tidak saf taraf dilahirkan.. Tepuk dada, tanya iman..

Comments
Post a Comment