Friday, December 3, 2010

Home-made Kek Pisang

DARI INI...

JADI INI!



Resepi asal kek pisang ni diberi oleh makcik saya yang tinggal di Tanah Merah. Kami panggil dia Mak Nab.. Er, tapi saya dah alter sedikit ikut gerak hati saya.. hehe. Jadik jugak!

resepi dari kampung ni tak main timbang2 ye.. ni resepi "ikut hati tetap jadi", just pakai ape2 household measurement yg ada..

6 - 7 biji pisang kapas/ raja (kalau pisang berangan maybe 4 je kot)..
1 1/2 cawan tepung gandum, ayak.
1 cawan(tak penuh sangat) gula pasir.
3/4 cawan minyak jagung.
4 biji telur gred B
1/2 teaspoon soda bikarbonat
Vanilla esen (1/2 tudung botol vanila tu).
secubit dua garam...

Cara-caranya...

Potong pisang kecik-kecik dan masukkan ke dalam blender (pengisar. Kemudian masukkan gula. Pecahkan telur dalam mangkuk berasingan, then pukul bagi kembang sikit. Lepas tu tuang telur tu dalam blender. Masukkan esen vanila, dan terus blend semua sampai well mixed.

Tuang adunan dalam mangkuk besar, then masukkan minyak dan garam. Kemudian masukkan gandum yg dah di ayak bersama soda bikarbonat. Masuk dalam baking tray yg sesuai, (saiz yg lebih kurang kamus dewan ok je..). Bakar dalam oven, api bawah utk 40 minit + api atas bawah lagi 15 minit. (tu ikut oven rumah saya. Harap anda bole check la pas 1/2 jam jadi ape.. kot la oven u all canggih sikit, kejap je dah masak).

Tips:
1. Kalau pisang yg diguna tu manis dan agak overripe, lebuh baik kurangkan sukatan gula, takut manis pulak)
2. Sape ada diabetes, better guna pisang yg tak manis sangat dan kurangkan gula dlm 2 -3 sudu besar.
3. Sape ada hypertension, garam tu secubit kecik je.
4. Sape yg kolesterol dia tinggi, bole try letak oat sikit, then tukar nama Kek Pisang ber'oat'.
5. sape nak kurangkan calorie intake, cuba try ganti minyak dengan susu low fat.. (tapi saya pun tak pernah cuba, xtau la tekstur dia sangat berubah ke tak) he =P




Rasanya tak la sangat heaven, tapi kalu org makan, orang bole terima la benda ni ialah kek pisang. Huhu. Ok, Selamat mencuba =).

No comments:

Post a Comment