Alkisah Di Padang Pasir

Tersebutlah sebuah kisah tidak berapa lama dahulu, di sebuah padang pasir yang tidak berpenghuni. Terletak akan padang pasir itu di sebuah negeri yang namanya jarang kita dengari, nak sebut pun tak berape gheti.. Padang pasir yang menyimpan seribu satu rahsia alam..Siang malam merakam kehidupan makhluk-makhluk sekecil-kecil kuman dan sebesar-besar biawak..

Lalu pada suatu hari yang bahangnya serasa teramatlah menyengat hingga ke lapisan dermis terdalam.. Kelihatan dua orang laki-laki sedang berjalan dengan lemah longlai.. entah ke mana arah yang dituju.. Rupa-rupanya mereka adalah dua orang lelaki berbangsa Inggeris, yang telah tersesat di padang pasir itu semasa menjalankan rakaman rancangan The Hidden Treasures ala-ala National Geographic. Bagaimana mereka boleh tersesat, hamba yg bercerita ini sendiri kurang periksa.

John dan David.. itulah nama mereka berdua. John seorang yg berkumis, rambut perang kerinting dan  tinggi lampai, manakala David yg lebih rendah sedikit darpd John, rambutnya agak kurang di depan menunjukkan ciri-ciri penuaan sedang berlaku.

Dipendekkan cerita, John dan David sedang mnencari-cari sumber air di padang pasir itu. Dek kerana sudah 2 hari tersesat, bekalan makanan dan minuman mereka sudah habis. Alangkah gembira tidak terperi mereka, pada saat terasa nyawa sudah tidak sanggup berada di dalam jasad, panasnya seperti di bakar bagai Kenny Rogers Roaster.. didapati ada tidak jauh di hadapan mereka sebuah masjid yang agak sederhana.

"Lihat, di sana ada masjid!" kata David.
"Mungkin kita boleh minta bantuan orang-orang di dalamnya" ujar John pula.
"Tapi itu masjid orang Muslim. Adakah mereka akan membantu kita?? Bukankah orang-orang Islam itu pengganas. Bagaimana kalau mereka tidak mahu menolong kita?" kata David lagi. Dia seakan ragu. Namun dek kerana terlalu haus dan sudah tidak ada pilihan lain.. mereka teruskan juga.
"Jangan bimbang, kalau mereka jahat, kita akan mati dengan cepat dan takkan haus dan kebulur, tapi kalau mereka baik, kita akan dilayan seperti tetamu yg mulia" ujar John optimis.

David yg risau mula berfikir bagaimana harus dia berbuat supaya dia tidak dibunuh oleh orang Islam. Lalu dia pun dpat idea utk memperkenalkan dirinya sbg Mohamed.
"Pasti aku akan dilayan dengan baik.. Diberi minum susu unta yg tinggi protein, daging Dhob yg membekalkan tenaga, bawang-bawang Arab yg kaya dengan antioksidant..Oh.. nikmantya".

Setibanya di hadapan masjid, seorang lelaki sepruh abad, memakai jubah putih bersih menegur mereka. Wajahnya cukup bersih dan tenang. Dengan lembut lelaki itu bertanya..
"Wahai Tuan, apakah yang tuan berdua berbuat di padang pasir ini?? Dari manakah gerangan Tuan berdua??"..
John tanpa berlengah terus memperkenalkan diri.,."Wahai Tuan yg budiman, Nama saya John, dan ini kawan saya..Da.."
"Mohamed!!! Nama saya Mohamed!" sepantas kilat David mencelah.
John tercengang melihat tindakan kawannya itu, tp tidak terdaya utk berdebat kerna terlau penat.
"Kami tersesat di Gurun ini, dan sudah 2 hari kami terputus bekalan makanan. Sudikah Tuan memberi kami tumpang di masjid ini, dan memberi kami makan??

"Owh, tuan hamba jangan khuwatir, kami pasti akan menolong tuan.."
Lalu si tua itu pun memanggil seorang khadam masjid utk membwa makanak kepada "tetamu" beliau.
"Khadam, bawakan satu hidangan makanan ke sini.." ujar si tua ini, yg  rupa-rupanya penguru7s masjid itu.
David tiba2 terasa pelik, ttp kemudian bangga. Hanya 1 hidangan dihidangkan.. "Pastilah aku yg dapat, bukannya John" kata David. dalam hati.  John yg kurang berpuas hati, cuba bertanya dengan penuh hikmah.

Tuan, kami ini tersesat berdua, dan kedua-duanya sama letih, sama tak bertenaga. Jadi kenapa hanya 1 hidangn shj dihidang??

"Owh,, sahabatku John, kami sediakan 1 hidangan sahaja utk kamu, agar  dapat makan dan minum sahabatku . Adapun kawan kamu ini seorang Muslim. Sekarang kan bulan Ramadhan, Muslim itu berpuasa.. Lalu menelan air liur shaja lah si David aka Mohamed.....

Comments

Popular Posts